Motosikal

BMW TAWAR SOS INTELLIGENT EMERGENCY CALL PADA JENTERA DUA RODA

BMW MOTORRAD memperluaskan lagi aspek keselamatan apabila menawarkan ciri BMW Intelligent Emergency Call.

bmw-intelligent-emergency-call-motorcycle

BMW memberitahu ia akan mula menyediakan sistem panggilan kecemasan itu pada rangkaian motosikalnya. Caranya mudah, penunggang hanya perlu menekan butang merah SOS pada bar hendal.

Dengan hanya menekan butang SOS, secara langsung pusat kawalan akan mengesan lokasi penunggang.

Sistem Panggilan Kecemasan Pintar itu merangkumi pembesar suara, mikrofon dan butang  SOS (on-off sistem). Ia dapat diaktifkan secara manual atau automatik. Sekiranya penunggang berhadapan dengan situasi kemalangan, pusat kawalan BMW akan terus menghubungi pihak berkuasa tempatan.

Ciri pintar berkenaan merupakan evolusi daripada sistem eCall BMW yang pertama kali diperkenalkan pada kenderaan sekitar 1999. Sistem itu masih bersifat pilihan dan belum lagi dipasang sebagai ciri standard pada jentera BMW. Difahamkan ia akan mula dilaksanakan tahun hadapan di pasaran Eropah.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button