Motosikal

MAXXOIL MALAYSIA LANCAR RANGKAIAN MINYAK ENJIN UNTUK MOTOSIKAL

Jenama minyak MaxxOil dari California, Amerika Syarikat sebenarnya sudah berada di pasaran tempatan sejak tahun 2014 lagi.

Dalam tempoh tersebut, hasil usaha keras MaxxOil Malaysia telah menerima anugerah SME 100 – 100 Syarikat Paling Pantas Berkembang pada tahun lalu. Berdasarkan kepada kaji selidik yang dijalankan, mereka menerima banyak permintaan daripada golongan penunggang motosikal.

Mendengar permintaan pasaran, MaxxOil secara rasminya melancarkan prosuk terbaharunya untuk motosikal semalam. Ia kini diedarkan oleh pihak Shriro Malaysia, anak syarikat milik penuh Shriro Pacific Ltd yang berpangkalan di Hong Kong.

Minyak enjin motosikal empat lejang MaxxOil mengandungi adunan minyak asas premium dan teknologi aditif termaju yang mampu menawarkan prestasi terbaik. Formula penstabilan suhu pula membantu mengekalkan pelinciran yang sewajarnya dan melindungi enjin dalam kondisi suhu dan rom tinggi.

Minyak itu juga memiliki ciri geseran optimum bagi memberikan agihan kuasa dan penukaran gear yang lancar. Dengan semua ciri ini, MaxxOil Malaysia yakin minyak enjin itu akan mendapat sambutan daripada para pengguna.

Dalam perkembangan sama, MaxxOil Malaysia memperkenalkan pasukan lumba Team MaxxOil Racing. Dengan pelumba berbakat dan minyak enjin berkualiti tinggi, MaxxOil Malaysia yakin dapat mencatat keputusan positif dalam perlumbaan pada masa akan datang.

Harga rangkaian minyak motosikal MaxxOil adalah seperti berikut:

MaxxOil 4 Stroke (4T) Part Synthetic – RM22 (1 liter)

MaxxOil 4 Stroke (4T) Semi Synthetic – RM34 (1 liter)

MaxxOil 4 Stroke (4T) Fully Synthetic – RM48 (1 liter)

MaxxOil NanoPLUS 4 Stroke (4T) Semi Synthetic – RM39 (1 liter)

MaxxOil NanoPLUS 4 Stroke (4T) Fully Synthetic – RM55 (1 liter)

Google ads
Back to top button