Buletin

KEMPEN KESELAMATAN NISSAN EDISI 2016

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) melancarkan Kempen Keselamatan Nissan edisi 2016 yang  bertujuan memberi kesedaran kepada para pelanggan Nissan mengenai aspek keselamatan.

kempen-keselamatan-nissan-edisi-2016-mekanika (5)

Untuk pelancaran Kempen Keselamatan Nissan 2016, ETCM berkolaborasi dengan Legoland Malaysia Resort sebagai rakan korporatnya. Acara tersebut diadakan di resort itu yang sememangnya memberi keseronokan kepada para peserta.

kempen-keselamatan-nissan-edisi-2016-mekanika (1)

Ia juga meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tentang keselamatan jalan raya buat golongan dewasa dan kanak-kanak. Edisi tahun ini akan meneruskan dua modul utamanya – Karnival Keselamatan Kanak-kanak: ‘Program Keselamatan Pertama Saya dengan Nissan’ dan Pengalaman Pemanduan Selamat.

“ETCM berbesar hati untuk terus menganjurkan kempen itu untuk setahun lagi. Sekali gus dapat mengukuhkan hubungan bersama pelanggan,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan.

kempen-keselamatan-nissan-edisi-2016-mekanika (4)

“Dengan peningkatan jumlah kemalangan jalan raya melibatkan kanak-kanak, adalah penting kemahiran berkaitan keselamatan disampaikan dalam cara yang interaktif dan menyeronokkan. Lagi pun, generasi muda ini yang akan memacu masa depan kita,” katanya.

Karnival Keselamatan Kanak-kanak bertujuan menyampaikan tip-tip dan nasihat berguna mengenai keselamatan jalan raya. Ia fokus dalam mendidik ibu bapa dan kanak-kanak tentang kesedaran keselamatan jalan raya dengan mengajar mereka peraturan lalu lintas – menghormati dan mematuhinya.

kempen-keselamatan-nissan-edisi-2016-mekanika (3)

Selain memantau trafik di sekeliling mereka untuk mengelak kemalangan serta kekal selamat di dalam dan di luar kenderaan. Eksklusif untuk tahun ini, ibu bapa akan terlibat dalam pembelajaran anak-anak mereka apabila sama-sama mengambil bahagian dalam modul yang disediakan.

Jadual kempen adalah seperti berikut:

kempen-keselamatan-nissan-edisi-2016-mekanika (6)

 

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button