Buletin

MAYWEATHER BELANJA RM4 JUTA HADIAH JENTERA MEWAH UNTUK KAWAN-KAWAN

Petinju sensasi, Floyd Mayweather membelanjakan £700,000 (RM4 juta) membeli sembilan buah kereta untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan termasuk dirinya sendiri menjelang pertarungan dengan Logan Paul.

Bintang berusia 44 tahun itu dilabel sebagai petinju terbaik dalam generasinya, membeli lapan buah kereta untuk mereka yang rapat dengannya dan sebuah kereta mewah Rolls-Royce untuk dirinya sendiri.

Menurut laporan TMZ, antara jentera yang dibeli Mayweather merupakan: –

  •  Rolls-Royce White Ghost 2021 (1)
  • Mercedes S560 2021 (1)
  • Maybach sedan 2021 (1)
  • Dodge Journey 2021 (1)
  • Dodge Chargers 2021 (2)
  • Dodge Challengers 2021 (3)

Salah seorang rakan Mayweather mendedahkan petinju itu membeli model Rolls-Royce Ghost.

Lelaki dikenali sebagai Chop, iaitu pemilik kepada kedai kereta Towbin Auto Group di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) mengesahkan Mayweather membeli kereta di tempatnya.

Petinju memiliki rekod 50-0 itu dikatakan sudah membeli 157 buah kereta dari Towbin sepanjang kariernya.

Antaranya termasuklah 29 buah kereta mewah model berbeza Rolls-Royces.

Nilai kesemua kereta milik Mayweather dikatakan mencecah £20 juta (RM116.9 juta).

Ia termasuk Rolls-Royces bernilai lebih £3 juta (RM17.5 juta) dan empat buah Bugatti Veyron bernilai £1.7 juta (RM9.9 juta).

Menariknya, koleksi kereta Mayweather hanya mempunyai dua warna iaitu putih dan hitam. –TheSun

Google ads
Back to top button