Artikel Pilihan

5 TEKNOLOGI AUTOMOTIF DARI JEPUN YANG DICIPTA PADA ZAMAN ECONOMIC BUBBLE

Tahun 1980an merupakan tahun di mana ekonomi Jepun berkembang dan ketika itu eksport utama Jepun ialah kenderaan dan juga komponen automotif. Bank-bank utama Jepun meletakkan modal berbayar yang besar bagi menyokong industri pembuatan dan ekonomi Jepun berkembang pesat

Pada tahun 1990, Jepun menghasilkan 7.7 juta kenderaan untuk pasaran dalaman dan juga eksport. Ketika ini semua syarikat automotif Jepun melabur duit yang besar dalam R&D pelbagai bidang bagi menghasilkan kenderaan yang lebih berkuasa, cekap tenaga, laju dan seronok dipandu

Kami senaraikan 5 ciptaan industri automotif Jepun yang kemudian berkembang dan diterima pakai di dalam sektor automotif seluruh dunia

1. Sat-Nav – atau sistem bantuan penunjuk arah dengan teknologi satelit. Satu ketika dulu GPS (Global Positioning System) hanya dikhaskan untuk kegunaan tentera sahaja. Namun ia tidak menghalang Honda mencipta sistem navigasi mereka sendiri yang berasaskan teknologi giroskop

Teknologi ini diasaskan pada tahun 1982 selepas jurutera Jepun mendapat inspirasi bagaimana meriam kereta kebal berfungsi. Sistem analog ini menggunakan giroskop yang diisi dengan gas helium sebagai komponen utama. Pengguna perlu menandakan kedudukan mereka di atas kepingan plastik untuk bermula.

Pada tahun 1990, Mazda memperkenalkan Mazda Car control System pada model Cosmo dengan skrin CRT. Sistem ini lebih canggih daripada Honda dan menggunakan antena GPS yang dipasang secara tersembunyi pada bumbung Cosmo serta ketepatan sekitar 45 meter. Sudah cukup canggih pada tahun 1990

Tapi ia hanya menawarkan kedudukan kereta sahaja, tanpa penunjuk arah seperti yang kita kenal hari ini. Sistem GPS yang memberikan tunjuk arah dari satu selekoh ke satu selekoh lain diperkenalkan oleh Toyota dengan model Soarer

2. Bar Penstabil Aktif – yang biasa digunakan pada kereta sport moden atau supercar pada hari ini diperkenalkan oleh Mitsubishi pada model Mirage Cyborg Turbo (Proton Satria) model tahun 1988. Model JDM datang dengan sistem pacuan semua roda, turbocaj dan bar penstabil aktif

Bar ini disambungkan dengan sistem hidraulik dan sistem aktuator bagi mengaktifkannya dengan melaraskan kekerasan bar penstabil bergantung pada pemanduan. Jika makin banyak kuantiti cecair hidraulik memasuki sistem, bar penstabil menjadi semakin keras. Sistem ini akan dipadankan dengan sistem penyerap hentak boleh laras

3. Penyerap Hentak Boleh Laras – dalam aspek ini kita membincangkan sistem spring lingkaran (coil spring) yang dipadankan dengan penyerap hentak yang menggunakan gas dan dikawal dengan sistem elektronik. Sistem seumpama ini diperkenalkan oleh Toyota dengan terma TEMS

Toyota Electronic Modulated Suspension diperkenalkan oleh Toyota pada tahun 1983 dengan model coupe mewah Toyota Soarer. Sistem ini akan bermula dengan tetapan lembut atau soft, dan menjadi semakin keras apabila dipandu dengan agresif yang akan menyebabkan cesi kereta senget ketika mengambil selekoh dengan laju

Pada tahun 1989, Toyota memperkenalkan pula sistem Piezo TEMS pada model Celsior ataupun LS400 dengan kawalan yang lebih canggih. Sistem akan menetapkan penyerap hentakan paling keras keras ketika mula dipandu dengan keupyaan membaca permukaan jalan raya

Jika jalan menjadi berbonggol atau tidak rata, sistem piezo akan menukar tetapan penyerap hentak kepada paling lembut bagi memberi keselesaan pada pemandu.

4. Sistem 4 Injap Satu Silinder -Sewaktu enjin diperkenalkan dulu, ia hanya memiliki 2 injap. Satu injap untuk udara masuk dan satu injap untuk ekzos keluar. Jika bilangan injap ditambah, kecekapan enjin akan bertambah. Namun billangan injap tidak boleh melebihi 5 kerana ia akan kehilangan kecekapan enjin

Jadi berdasarkan penanda aras ini, kebanyakan enjin moden menggunakan 4 injap bagi setiap silinder dan Nissan antara pelopor awal dalam penggunaan teknologi ini. Nissan Skyline GTR 1969 adalah antara model terawal menggunakan enjin 4 injap pada enjin S20.

Enjin Nissan S20 merupakan enjin 6 silinder sebaris 2000cc yang menjana 160 kuasa kuda serta 117Nm tork dengan 3 karburetor. Mitsubishi pula adalah pengeluar pertama yang menghasilkan enjin turbo 5 injap per silinder dengan model Mitsubishi Minica Dangan ZZ

Tujuan utama Mitsubishi ialah mengekstrak seberapa banyak kuasa enjin dari kapasiti 660cc 3 silinder dengan menghasilkan 63 kuasa kuda bagi mengekalkan kelas kei-car. 5 tahun kemudian barulah Ferarri mengikut jejak langkah ini dengan menghasilkan enjin 5 injap per silinder Tipo F129B

5. Cesi Monocoque Aluminium – Cesi monocoque dihasilkan dari kepingan besi yang ditempa sebenarnya lebih ringan berbanding dengan ladder frame. Namun dengan banyak perlindungan tambahan bagi melindungi penumpang sewaktu kemalangan, cesi ini menjadi semakin berat.

Bagi mengurangkan berat, aloi aluminium diperkenalkan sebagai komponen utama cesi monocoque dengan hanya berat 1/3 daripada kelul. Honda merupakan jenama pertama yang menggunakan aloi aluminium pada kenderaan mereka dengan pengenalan model Honda NSX 1989

Cesi yang ringan tidak memerlukan enjin yang berat, pecutan yang lebih baik dan dalam sesetengah keadaan menawarkan perlindungan kemalangan yang bagus berbanding dengan jenama supercar lain ketika itu.

Google ads
Back to top button