ROLLS-ROYCE PHANTOM KENA RAMPAS. GUNA KULIT BUAYA
Agensi Kastam dan Monopoly Itali merampas sebuah Rolls-Royce Phantom yang bakal digunakan salah sebuah syarikat di Rome.
Menurut pihak berkuasa itu, jentera berkenaan yang diimport dari Rusia didapati dilengkapi ruang dalaman kustom menggunakan kulit buaya.
Ruang dalaman tersebut merangkumi bahagian tempat duduk, panel pintu dan armrest.
Perdagangan menggunakan kulit buaya termaktub di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES).
Rolls-Royce berkenaan tidak memiliki dokumen sah dan diserahkan kepada pihak berkuasa.
Bagaimanapun, pihak bertanggungjawab sedang mencari jalan penyelesaian untuk mengeluarkan kulit buaya tersebut dari jentera terbabit.
Agensi berkenaan ADM berkata banyak rampasan produk dan objek mengandungi penggunaan spesies terlindung ataupun terancam sekali gus sentiasa berjaga-jaga dengan jenayah terbabit.
Justeru, tidak hairanlah, ia lebih mudah mengenalpasti produk berbentuk jentera mewah dengan rekaan dalaman kulit buaya.
Syarikat talaan Rusia cukup terkenal menawarkan rekaan dalaman menggunakan kulit aneh dalam kenderaan mereka.
Bahkan, pernah terpalit kontroversi antarabangsa apabila terlibat dalam insiden penggunaan kulit zakar ikan paus. – carscoops/ADM