Buletin

MAZDA CX-80 TIBA DI PASARAN EROPAH – RUANG KARGO LEBIH LUAS, 2.5L PHEV, 3.3L MILD HYBRID TURBODIESEL

Mazda baru-baru ini mengumumkan ketibaan SUV terbaharunya, Mazda CX-80 untuk pasaran Eropah.

Sebelum ketibaan CX-80, pasaran Eropah hanya mempunyai CX-60 dan versi yang lebih kecil seperti CX-30 serta varian Mazda2.

Kehadiran CX-80 bukan sahaja melengkapkan barisan Mazda di Eropah, malah turut menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna.

Dibina pada platform yang sama dengan CX-60, CX-80 berkongsi kebanyakan panel badan model berkenaan tetapi terdapat perbezaan dimensi untuk model baharu ini.

Ukuran dimensi Mazda CX-80 adalah 4,995mm panjang, 1,890mm lebar dan 1,710mm tinggi dengan jarak roda lebih 3,000mm.

Ini menyediakan ruang dalaman yang lebih besar, boleh memuatkan sehingga 7 penumpang dalam 3 baris serta mempunyai fleksibiliti dalam konfigurasi tempat duduk dengan pilihan untuk memilih antara kerusi standard atau kerusi kapten lebih eksklusif.

Bagi ruang kargo, anda mendapat 258 liter (termasuk storan bawah lantai) apabila ia dilipat ke bawah, terdapat 687 liter ruang tersedia untuk digunakan, dan jika anda turut melipat ke bawah tempat duduk baris kedua, anda mendapat 1,221 liter.

Selain itu, pintu belakang berkuasa bebas tangan adalah ditawarkan sebagai pilihan untuk menjadikan perkara lebih mudah.

CX-80 akan ditawarkan dalam sembilan warna iaitu;

  • Jet Black
  • Deep Crystal Blue
  • Platinum Quartz
  • Arctic White
  • Rhodium White
  • Machine Grey
  • Soul Red Crystal
  • Artisan Red
  • Melting Copper

Perincian lain termasuklah pilihan reka bentuk rim 20-inci dengan pilihan ialah Homura, Takumi dan Exclusive-line.

Di bahagian dalam, ia dilengkapi papan pemuka seperti CX-60 – menampilkan bahan premium dan sistem infotainmen terkini Mazda, termasuk kawalan suara Alexa dan navigasi hibrid yang menggabungkan perkhidmatan luar talian serta dalam talian.

Ciri keselamatan ADAS i-Activsense juga hadir sepenuhnya, termasuk ciri seperti Cruising & Traffic Support (CTS) dengan Unresponsive Driver Support.

Dari segi kuasa, ia menampilkan dua rangkaian kuasa hibrid: ‘e-SKYACTIV PHEV,’ sistem hibrid plug-in menggunakan enjin petrol 4-silinder sebaris 2.5 liter dan ‘e-SKYACTIV D,’ menggabungkan 6-silinder sebaris 3.3 liter enjin diesel dengan teknologi M Hybrid Boost.

2.5 e-Skyactiv PHEV, yang menampilkan enjin petrol 4-silinder sebaris 2.5 liter Skyactiv-G Mazda, menghasilkan 189hp dan 261Nm tork, dilengkapi dengan motor elektrik, menyumbang kuasa tambahan 173hp dan 270Nm, sekaligus menjana kuasa sebanyak 323hp dan 500Nm.

Model ini dilengkapi dengan bateri litium-ion 17.8kWh dan menawarkan jarak pemanduan elektrik sejauh 60km.

Enjin e-Skyactiv D 3.3 liter turbodiesel 6-silinder yang dilengkapi dengan sistem M Hybrid Boost 48-volt pula menghamburkan kuasa 251hp dan tork sebanyak 550Nm.

Dilengkapi dengan bateri lithium-ion 0.33kWh, ia menawarkan prestasi yang efisien dengan penggunaan bahan bakar WLTP pada julat 5.7-5.8 liter setiap 100km.

GALERI:

Google ads
"
"
Back to top button