VOGE RR660-R LANCAR 2026 – ENJIN 4-SILINDER, 100HP
Pengeluar motosikal China, Loncin menerusi jenama premium Voge mempunyai perancangan besar bagi tahun 2026.
Sebelum ini kami telah pun melaporkan bahawa Voge bakal memperkenalkan jentera ‘superbile’ bersesaran 1,000cc yang dikuasakan enjin sama yang terdapat pada BMW S 1000 RR. Ini kerana Loncin dan Voge mempunyai kerjasama erat yang bermula sejak 2005.
Untuk rekod, Loncin membekalkan enjin untuk digunakan pada motosikal BMW termasuk C 400 X, C 400 GT, F 700 GS, F 850 GS, F 900 R, F 900 XR dan F 900 GS.
Dalam perkembangan terbaru, Loncin akan turut memperkenalkan jentera ‘supersport’ bersesaran 660cc.
Perkara itu didedahkan menerusi gambar yang diambil ketika persembahan produk oleh Voge di China. Berdasarkan gambar tersebut, jelas menampakkan jentera dengan nama RR660R yang menampakkan jentera jenis ‘full-fairing’.
Menariknya, gambar tersebut turut memaparkan sebuah lagi model diberi nama R660-R yang berupa sebuah jentera ‘naked’.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari gambar ‘spy shot’ yang diedarkan tahun lalu, Voge RR660-R ini akan dipacau enjin 4-silinder 660cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair yang mampu ‘rev’ setinggi 13,000rpm dan menawarkan lebih 100hp.
Voge turut mendakwa RR660-R mampu merekodkan 0-100km/j dalam tempoh 3.5 saat sahaja dan mampu mencapai kelajuan maksima (top-speed) melebihi 200km/j.
Sumber antarabangsa mendakwa enjin RR660-R itu juga adalah 10 peratus lebih ringan berbanding Honda CB650R dan CB650R sebelum ini.