Buletin

NISSAN GRIPZ CONCEPT

Nissan baru sahaja memperkenalkan sebuah model konsep yang direka oleh studio reka bentuknya dari London dan Jepun.  

Nissan-Gripz-Concept-mekanika (4)

Nissan Gripz Concept didakwa menggabungkan crossover kompak dengan prestasi sebuah kereta sports. Memiliki reka bentuk radikal, ia dikatakan mengambil inspirasi daripada jentera rali safari Nissan 240Z tahun 1970-an dan basikal lumba.

Model ini dikuasakan oleh teknologi EV yang berasaskan kepada siri sistem “Pure Drive e-Power.” Rangkaian kuasa tersebut melibatkan pelbagai teknologi kawalan EV Nissan.

Nissan-Gripz-Concept-mekanika (7) 

Nissan Gripz Concept bukan model gantian kepada Qasqai atau Juke, walaupun ia masih menggunakan bahasa rekaan Nissan yang baru iaitu “emotional geometry”. Ia merangkumi empat elemen rekaan penting iaitu gril V-Motion, lampu hadapan dan belakang berbentuk boomerang, bumbung  terapung dan tiang C yang sedikit ke atas.

Crossover ini tidak mempunyai tiang B, sekali gus memudahkan urusan keluar masuk ke kabin dengan kapasiti tempat duduk 2+2 itu. Ruang kabinnya direka oleh pasukan reka bentuk dari Jepun.

Nissan-Gripz-Concept-mekanika (6)

Sama seperti Nissan Sway Concept dan beberapa model terbaharu Nissan, Nissan Gripz Concept hadir bersama rekaan panel instrumen “Gliding Wing”.

Nissan-Gripz-Concept-mekanika (5)

“Kami akan menilai maklum balas daripada orang ramai selepas ia dipamerkan di Frankfurt Motor Show 2015. Nissan Gripz Concept jelas menunjukkanbahawa model crossover boleh direka dengan begitu ekstrem,” kata Naib Presien Kanan dan Ketua Pegawai Kreatif Nissan Motor Company Ltd., Shiro Nakamura.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button