SURRON ULTRA BEE BLACK CARBON EDITION, MOTOSIKAL ELEKTRIK BOLEH GUNA ATAS JALAN RAYA!
Pernah nampak motosikal Surron? Motosikal elektrik ini ada dijual di pasaran tempatan yang mempunyai kelompok peminat tersendiri dan turut digunakan pasukan keselamatan negara.
Surron mempunyai tiga buah model iaitu Light Bee (motosikal pelbagai guna), Ultra Bee (motosikal trial saiz sederhana) dan Storm Bee (motosikal enduro berprestasi).
Terbaru di United Kingdom (UK) ada varian istimewa iaitu Surron Ultra Bee Black Carbon Edition.
Keistimewaan edisi ini terletak pada riasan yang lebih gelap berbanding Ultra Bee standard dengan warna kerangka hitam karbon baharu dan grafik kuning hitam.
Set tayar asal diganti dengan jenis prestasi tinggi untuk jalan raya dan pengembaraan off-road. Bahagian depan dipasang tayar All-Terrain (AT) saiz 90/90-19 dan 120/80-18 di belakang.
Set tersebut boleh digunakan untuk tunggangan harian dan off-road dan lebih berkeupayaan berbanding sebelum ini.
Selain itu, rim belakang 18×2.50 juga sesuai dengan tayar 100/90-18 Storm Bee untuk digunakan di laluan off-road.
Ultra Bee Black Carbon Edition ditawarkan dalam dua varian yang sah digunakan di jalan raya iaitu Ultra Bee R dengan tayar AT dan Ultra Bee T dengan tayar EXC.
Ultra Bee berada di dalam kelas yang bersamaan motosikal 125cc dan boleh dipandu menggunakan lesen CBT (umur 17 tahun ke atas).
Sebagai sebuah motosikal elektrik, Ultra Bee boleh dipandu sehingga 140 kilometer (km) manakala pengecasan di bawah 4.5 jam.
Ciri-ciri Surron Ultra Bee Black Carbon Edition:
- Kuasa puncak 12.5 kW
- Tork 440Nm (roda belakang)
- Jarak tunggangan 140 km @ 40 km/j
- Kelajuan maksimum 90 km/j
- 3 mode tunggangan (Sport, Eco, Daily) dan gear undur
- Kawalan cengkaman SRTC
- Pembrekan regeneratif tenaga boleh laras Surron
- Berat 93 kg
Satu lagi kelebihan motosikal elektrik Surron ialah tiada cukai jalan dikenakan di UK.Â
Harga:
- Ultra Bee R dan Ultra Bee T (sah di atas jalan raya) – 6,999.00 pound (RM40,129)
- Geran Motosikal Plug – In – 500 pound (RM2,866)
- Harga selepas geran – 6,499.00 pound (RM37,266)
- Ultra Bee X (off-road) – 6,299.00 pound (RM36,127)