Buletin

VAZIRANI EKONK HYPERCAR ELEKTRIK PERTAMA BUATAN INDIA

Vazirani Automotive mendedahkan hypercar elektrik pertama buatan India yang dikenali sebagai Ekonk.

JenteraΒ itu merupakan model kedua jenama Vazirani selepas membikin kenderaan konsep Shul yang dipertontonkan pada Festival Goodwood 2018.

Pengasas syarikat, Chunky Vazirani berkata Ekonk menandakan permulaan cahaya ketuhanan berdasarkan kitab suci India.

Vazirani Ekonk memiliki satu tempat duduk disasarkan menjadi jentera ringan dengan dipadankan moniker huruf EK pada bahagian sisi yang membawa maksud satu dalam bahasa Hindi.

Menurut pengeluar hypercar tersebut, ia memiliki salah satu pekali seret paling rendah pada kenderaan.

Ia dibangunkan dengan menggunakan gentian karbon menjadikan berat jentera sangat ringan pada 736 kg.

Vazirani Ekonk mendapat khidmat motor elektrik 722 PS dan mampu memecut 0-100 km/j dalam tempoh 2.54 saat pada kelajuan maksimum mencecah 309km/j.

Jentera berkenaan tidak dilengkapi sistem bantuan pemanduan untuk memastikan pemandu merasai pengalaman pemanduan sejati.

Ekonk masih dalam proses peringkat prototaip dan akan mengambil masa beberapa tahun lagi untuk berada di atas jalan raya.

Itupun jika syarikat berkenaan mengambil keputusan menajdikan hypercar itu satu realiti. – cartoq

Google ads
Back to top button