Buletin

MAZDA UMUMKAN REKAAN MULTI SOLUTION SKYACTIV SCALABLE

Mazda tidak pernah menamakan atau mengadakan pertandingan yang pelik bagi membuktikan kenderaan mereka cekap tenaga. Tapi bagi pemandu yang biasa dengan kenderaan Mazda, sudah terbukti Mazda mampu menjimatkan bahan api walaupun tanpa menggunakan kaedah “turbo downsizing”.

Enjin yang ditawarkan oleh Mazda ialah enjin 4 silinder 1500cc, 1800cc turbodisel, 2000cc, 2200 turbodisel, 2500cc petrol dan 2500cc turbo petrol. Anda akan sedar bahawa Mazda kekurangan trenkuasa hibrid pada tawaran kereta mereka. Mazda Motor Corporation baru sahaja mengumumkan tagline terbaru mereka iaitu “Sustainable Zoom-Zoom 2030” bagi melestarikan alam sekitar dan produk mereka

Visi Mazda menerusi tagline ini ialah dedikasi untuk mengurangkan lagi pelepasan gas karbon dioksida dengan penggunaan teknologi hibrid. Semua ini dicapai dengan pengenalan teknologi SkyActiv Multi Solution Scalable Architecture dengan pengenalan enjin baru 6 silinder. Antara model Mazda terbaru yang bakal menerima teknologi ini dalam masa terdekat ialah Mazda6 dan juga Cx-50.

Dengan bantuan rakan teknikal Toyota, Mazda juga akan memperkenalkan sistem hibrid 48 volt pada barisan Mazda terbaru serta beberapa model EV dengan rekaan platform baru ini. Antara pasaran fokus bagi model terbaru ini termasuklah Amerika, Jepun, Eropah, China dan juga ASEAN. Toyota Corolla Cross juga disebut akan direbadge sebagai Mazda hibrid dalam pelan pemasaran terbaru ini.

Buat masa ini, Mazda MX-30 EV akan dipasarkan dalam masa terdekat bermula dengan California yang menggunakan akta pencemaran udara yang paling ketat. Namun pelang jangka masa panjang akan menyaksikan Mazda akan terus memperkenalkan sehingga 13 model baru dengan 5 model sistem hibrid ringkas, 5 model hibrid 48 Volt plug in serta 3 model EV sepenuhnya

Selain mengumukan sistem trenkuasa hibrid terbaru, Mazda turut mengesahkan yang sistem terbaru Co-Pilot Concept dibangunkan khas bagi mengurangkan kes kemalangan jalan raya. Sistem ini akan mengesan perubahan keadaan fizikal pemandu dan jika perlu akan menghentikan kenderaan di tempat selamat jika pemandu tidak berupaya meneruskan perjalanan.

Google ads
Back to top button