
MAZDA US LANCARKAN MAZDA CX-90, MODEL FLAGSHIP SUV 8 TEMPAT DUDUK
Mazda Amerika telah melancarkan SUV premium mereka untuk pasaran Amerika dengan menampilkan Mazda CX-90 iaitu SUV paling mewah dan besar yang pernah dihasilkan oleh Mazda. Semenjak dari dulu lagi, Amerika merupakan pasaran paling penting bagi Mazda
CX-90 dihasilkan daripada platfrom serba baru yang lebih besar mengtengahkan rekaan enjin depan dan pacuan semua roda namun keutamaan diberikan pada roda belekang dalam penghantaran kuasa enjin
Malah CX-90 dipasang dengan sistem Kinematic Posture Control dimana sistem ini akan mengurangkan olengan cesi ketika melalui jalan berselekoh, menambah cengkaman tayar serta memastikan penumpang duduk dengan postur natural

Mazda memberikan fokus yang tinggi bagi memastikan ketegaran cesi ditambahbaik termasuklah menyusun semua kusyen dan susun atur sistem suspensi agar pemandu dan penumpang berasa yakin dan selesa. Cengkaman tayar ditambah baik dengan penggunaan sistem Mazda i-AWD.
Seperti yang dijangka, CX-90 akan dibekalkan dengan enjin e-SkyActiv G terbaru dengan sesaran 3300cc 6 silinder sebaris lengkap dengan sistem turbo. Enjin ini nakan menjana sehingga 340 kuasa kuda dan 500Nm tork apabila menggunakan bahan api petrol premium.
Untuk varian mild hybrid, ia akan dipadankan dengan sistem M-Hybrid Boost dimana satu motor elektrik akan dipasang secara sandwich antara transmisi 8 kelajuan yang baru dan enjin 6 silinder baru.Khusus untuk pasaran Amerika, varian e-SkyAvtic PHEV akan diperkenalkan namun menggunakan enjin 2500cc 4 silinder.

Secara keseluruhan sistem hibrid PHEV ini akan menjana sehingga 323 kuasa kuda dan 500Nm tork dengan menggunakan petrol premium. Sistem PHEV ini membolehkan CX-90 dipandu dengan menggunakan elektrik sepenuhnya dengan bantuan bateri sebesar 17.8kW
Untuk rekaan luar, CX-90 diperkenalkan dengan satu warna merah yang baru dikenali sebagai Artisan Red. Rekaan dalam pual mengetengahkan penggunaan krom, Nappa Leather untuk balutan kusyen, tona kayu di papan pemuka serta jahitan tradisional Jepun yang dikenali sebagai Kumihimo
CX-90 dilindungi dengan sistem keselamatan i-Activesense yang merangkumi Smart Brake Support, Blind Spot Monitor, Auto High Beam, Rear Cross Traffic Alert, Mazda Radar Cruise Control dan sistem kawalan lorong aktif. Bagi memudahkan parkir, ciri See Through View Monitor turut diperkenalkan dengan skrin sebesar 12.3″



