Artikel Pilihan

KENAPA LAMPU BREK KE 3 WUJUD? AGENDA YAHUDI ILUMINATI VAKSINISASI NEW WORLD ORDER?

Lampu brek merupakan satu alat komunikasi yang ringkas yang boleh difahami antara pemandu jalan raya. Apabila pedal brek ditekan, lampu brek akan menyala menunjukkan kereta sedang diperlahankan atau sedang bersiap sedia untuk berhenti. Ia akan memberikan amaran kepada kereta belakang agar berjaga-jaga dengan situasi pemanduan semasa

Jika lampu brek tidak berfungsi, termasuk lampu brek ke 3 tidak menyala pemilik atau pemand boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 (Kaedah 26). Kesalahan ini boleh dikompaun maksimum RM300.

Tapi tahukah anda bahawa lampu brek satu ketika dulu hanya dipasang di bahagian kiri dan kanan kereta sahaja. Lampu brek ke 3 merupakan peraturan lampu brek yang baru diperkenalkan. Lampu depan kereta diperkenalkan apabila kereta mulai digunakan pada waktu malam dengan tujuan untuk memudahkan pemandu melihat jalan raya

Sama seperti lampu jalan, lampu belakang diperkenalkan agar pemandu lain boleh melihat kereta anda pada waktu malam dengan senang. Warna merah dipilih kerana ia warna yang mudah dilihat dan mesra pada mata terutama pada waktu malam.

Kebiasaannya lampu belakang akan berkongsi mentol rekaan 2 filamen yang sama dengan lampu brek. Disebabkan terlalu biasa melihat warna merah dari bahagian belakang, maka ia mendatangkan risiko kemalangan rear on collision untuk berlaku apabila kereta semakin banyak dihasilkan terutama mulai tahun 1960an.

Sesetengah pemandu tidak boleh membezakan samaada lampu yang menyala adalah lampu rear light untuk bahagian belakang ataupun lampu brek. Jadi kemalangan rear on collision telah bertambah apatah lagi keadaan jalan menjadi semakin sesak.

Kes ini menarik perhatian seorang doktor dalam bidang psikologi iaitu Dr John Veyawadsky, mengetengahkan idea pemasangan lampu brek ke 3. Lampu brek ke 3 ini akan dipasang di bahagian tengah kereta di belakang cermin belakang dan selari dengan mata pemandu yang berada di bahagian belakang.

Untuk kajian kes, Dr John mulai mengkaji kesan pemasangan lampu brek ke 3 ini pada sebuah syarikat 343 teksi yang beroperasi di San Francisco pada tahun 1974. Baki 160 buah teksi lagi tidak dipasang dengan brek ke 3 untuk dijadikan sebagai penanda aras ujian ini. Pemandu teksi kemudian diatur secara rawak bagi mengurangkan kesan gaya pemanduan ke atas ujian yang dijalankan.

Dalam ujian yang dijalankan selama 10 bulan ini, operator syarikat teksi mendapati 60.6% teksi yang dipasang dengan lampu brek ke 3 tidak terlibat dalam kemalangan dari arah belakang, mengurangkan kecederaan pada pemandu teksi sebanyak 61.1% dan mengurangkan kos pembaikan kepada syarikat sebanyak 61.8%

Hasil kajian ini menarik minat National Highway Traffic Safety Administration untuk menjalankan kajian lanjut dalam skala yang lebih besar. Lebih meyakinkan NHTSA ialah dapatan kajian mereka juga adalah sama seperti yang ditemui oleh Dr John.

Jadi pada tahun 1986, penggubal undang-undang menetapkan bahawa semua kereta baru yang dijual di Amerika mesti dipasang dengan lampu brek ke 3 daripada kilang dan mesti diposisikan lebih tinggi daripada lampu brek kiri dan kanan.

Untuk pemandu di Malaysia pemilik kenderaan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 119(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi ketiadaan lampu brek ke 3. Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan

Google ads
Back to top button