Buletin

GM DEFENSE MENANG KONTRAK BEKAL TRAK PROTOTAIP KEPADA US ARMY

Syarikat GM Defense bersama American Rheinmetall Vehicles berjaya memenangi kontrak pembekalan prototaip trak tentera tugas berat kepada United States Army.

Trak HX3-CTT mempunyai rekaan kabin berperisai yang boleh ditukarganti, sistem bantuan pemandu termaju dan mampu menyokong trenkuasa 4×4 hingga 10×10.

HX3-CTT dibangun menggunakan asas daripada American Rheinmetall Vehicle HX3 yang turut sama digunakan oleh sekutu Amerika seperti Jerman, Australia, UK, New Zealand, Norway, Sweden dan Denmark.

Ia memberikan satu kelebihan di mana operasi boleh disatukan dengan mudah selain mempunyai rantaian bekalan global yang sama.

Syarikat yang mampu memperoleh projek ini akan membekalkan sehingga 5,700 unit trak dengan nilai sekitar $5 bilion.

Namun sebelum itu, mereka perlu membekalkan sehingga tiga unit prototaip kepada pasukan tentera untuk ujian penilaian seawal tahun 2024.

Program Common Tactical Truck ini bertujuan untuk menggantikan armada trak tentera yang sudah berusia dan tidak mempunyai kelengkapan keselamatan moden, selain mencari kenderaan yang lebih jimat minyak dan kos penyelenggaraan yang lebih murah. – Motor1

Google ads
Back to top button