Buletin

MG IM6 – SUV ELEGAN DENGAN 751 KUASA KUDA!

Harus diakui, jenama MG yang agak tenggelam sebelum ini semakin meningkat naik sejak akhir – akhir ini dengan pengenalan pelbagai model moden terutamanya dalam segmen EV. Dan pengeluar berasal dari Britain tetapi kini telah menjadi sebahagian daripada keluarga konglomerat automotif dari China, SAIC Motor terus memperkenalkan model terkini mereka, MG IM6 sebuah SUV elektrik sepenuhnya yang elegan dan cukup berkuasa.

Pengenalan tanda nama IM membawa erti Intelligence in Motion yang membawa maksud kecerdasan yang memberikan titik sentuhan kepada pelanggan yang inginkan pengalaman teknologi dan reka bentuk automotif terkini. Dan serentak dengan itu, MG sebetulnya turut memperkenalkan sebuah lagi model IM5 yang merupakan sebuah salon yang anggun dan moden.

Reka bentuk MG IM6 ini secara keseluruhan kelihatan cukup sporty dan bergaya untuk sebuah SUV dengan bahagian belakang menampilkan rekaan ala coupe yang kelihatan senada dengan fascia hadapan.

Model IM MG ditakrifkan dengan kabin premium yang diterajui oleh teknologi. Ciri-ciri inovatif seperti Mod Malam Hujan dan 4 mod Bantuan Parkir Satu Sentuhan yang menggunakan kamera 360 darjah kereta dan keupayaan pemanduan autonomi untuk melakukan manuver parkir kompleks secara automatik.

Bahagian kabin menampilkan kabin yang premium dengan tempat duduk yang diperbuat daripada kulit ultra lembut menyediakan fungsi pemanasan dan pengudaraan untuk menjadikan MG IM6 terasa seperti ruang rehat perniagaan di dalam kereta.

Juga terdapat paparan ultra-lebar 26.3 yang inci sebagai skrin infohiburan yang menjadi tumpuan boleh beralih antara mod terang dan gelap, dengan semua maklumat pemandu yang penting dipaparkan untuk memberikan rasa seperti pusat kawalan teknologi untuk pemandu. Satu ciri premium adalah penggunaan bumbung kaca panorama dengan kaca dwi lapisan sepenuhnya.

Kuasa yang dihasilkan model ini cukup mengagumkan dengan output maksimum 751 HP terima kasih kepada Hurricane Motor yang mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 3.5 saat sahaja. Pek bateri 100kWh yang dibekalkan mampu mencatatkan sehingga 388 batu untuk WLTP.

MG IM6 ini akan dijual dengan harga bermula pada £47,995 (RM272,434) untuk model Long Range 100 kWh, manakala untuk versi Performance akan dijual pada harga £50,995 (RM289,462). Untuk varian tertinggi Launch Edition ianya akan dijual pada harga £52,995 (RM 300,815)

BACA : MG UMUM MG4 2025 DENGAN BATERI SEMI-SOLID – JARAK GERAK 537KM, DEBUT 5 OGOS

BACA : UJI PANDU EKSKLUSIF MG CYBERSTER: EV ROADSTER PERTAMA DUNIA KINI DI OLD KLANG ROAD, 19 – 20 JULAI

Google ads

B K

Back to top button