Artikel PilihanBuletin

MICLIMATE – PENGHAWA DINGIN UNTUK MAT MOTOR

Dilema utama bila nak ride pada hujung minggu dalam cuaca tropika ialah suhu panas. Tambahan pula bila dah pakai segala jenis apparel keselamatan seperti jaket lengkap dengan semua jenis padding. Panas? Hanya yang biasa berkonvoi dengan motosikal berkuasa tinggi arif dengan masalah ini.

Mi CLImate (3)

Itu tak apa lagi. Bila masuk ke kawasan bandar, berhenti di lampu isyarat dan kesesakan, haba mula meruap dari enjin, aspal dan dari terik matahari. Tak hairanlah, jika dilihat kebelakangan ini, ramai rider yang hanya berseluar jeans, baju T dan glove sahaja. Ya. Ini bukan contoh yang baik. Majoritinya adalah untuk elakkan kepanasan.

Kini ada teknologi baru yang dibangunkan oleh MiCLimate. Syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat ini menyedari keperluan alat hawa dingin untuk penunggang motosikal. Apa yang bermula dengan satu idea mudah di padang golf kini telah jadi kenyataan.

Bikers driving a motorcycle rides along the asphalt road (blurred motion). First-person view. Focus on the dashboard of a motorcycle

Segalanya bermula bila Pankaj Sinha, pengasas MiCLimate dihantar ke Singapura selama 2 tahun untuk satu tugasan di bawah syarikat Intel. Hobi beliau ialah bermain golf tetapi menyesuaikan diri dengan kepanasan tropika merupakan masalah besar baginya.

Bagi seorang jurutera beliau mula memikirkan untuk bermain dengan selesa. Perbincangan dengan teman-teman yang menggemari aktiviti luaran seperti berbasikal, mendaki, memancing, memburu malah bertani – mereka berkongsi sentimen yang sama. Perlu ada alat yang dapat menurunkan suhu luaran badan supaya dapat menjadikan tubuh badan selesa.

Mi CLImate (5)

Beliau cuba mencari teknologi sedia ada. Tuah menyebelahinya bila berjaya mendapatkan teknologi yang telah dipatenkan oleh tentera Amerika untuk dikomersialkan. Teknologi ini telah dimiliki oleh pihak tentera untuk kegunaan anggota mereka di kawasan panas yang ekstrim.

Beliau mula mengubahsuai dan menjadikannya lebih mesra pengguna. Selaras dengan permintaan atas kajian yang dilakukan, beliau juga sedar pasarannya sangat besar untuk penunggang motosikal. Maka lahirlah MiClimate.

Mi CLImate (1)

Bagaimana ia bekerja?

Ia adalah modul yang menggunakan pelapik (air belt) yang diikat seperti talipinggang pada badan. ‘air belt’ ini mengalirkan udara yang diproses menerusi MiCLimate Core yang merupakan unit pengawal utama sistem. MiClimate ini dijana oleh bateri caj semula Lithium-Ion 12v.

Bateri ini boleh bertahan sehingga 4 jam sekali cas. Atau, ia boleh disambungkan dengan bateri motor menggunakan kit yang disediakan. Penunggang motosikal juga boleh mendapatkan kit kawalan bebas tangan yang membolehkan unit penala dipasang pada bar hendal. Praktikal kan?

Mi CLImate (1)

Berapa harganya?

Unit ini belum dijual secara komersial. Ia hanya akan dilancarkan pada Oktober nanti dan terdapat beberapa pakej yang ditawarkan bermula pada USD249 (RM1,016) untuk pembeli super awal. Pembeli pukal juga dapat menikmati harga yang lebih murah USD2500 (RM10,201) untuk 10 unit.

 

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari miclimate.net

 

Google ads
Back to top button