Motosikal

JENTERA OFF-ROAD MONTESA COTA 4RT260

Firma motosikal dari Sepanyol, Montesa sekali mengujakan peminat motosikal off-road apabila memperkenalkan Montesa Cota 4RT260 untuk tahun 2017.

2017-Montesa-Cota-4RT260-mekanika (3)

Model baharu bagaimanapun merupakan mesin yang sama. Cuma perubahan paling ketara ialah penggunaan warna merah, putih dan biru yang diinspirasikan oleh skim warna HRC.

Jentera itu turut dilengkapi tiub fork krom dengan bahagian bawahnya dicat warna hitam.

2017-Montesa-Cota-4RT260-mekanika (1)

Dari segi perubahan teknikal pula, tuil penghidup tendangnya kini lebih panjang berbanding model 2016. Bukan itu sahaja, Montesa juga ada menawarkan versi replica perlumbaan.

Versi itu hadir bersama komponen gentian karbon, suspensi Showa dan pelekat Repsol.

2017-Montesa-Cota-4RT260-mekanika (2)

Kedua-duanya menggunakan khidmat enjin Honda bersesaran 259cc. Ia menawarkan dua mode tunggangan iaitu kuasa penuh dan kondisi cengkaman rendah. Sejak tahun 2015, motosikal keluaran Montesa dilengkapi pam bahan api berkuasa tinggi dan pemetaan ECU untuk prestasi maksimum.

2017-Montesa-Cota-4RT260-mekanika (6)

Setakat ini, Cota 4RT260 dan replica perlumbaannya hanya untuk pasaran Eropah mulai September 2016. Ia juga dijangka mendarat di Amerika Syarikat tidak lama lagi.

Google ads
Back to top button