Buletin

BENTLEY ANJUR KONVOI JALAN MAKAN ANGIN, BAYARAN CUMA RM64K SAHAJA

Ini merupakan satu berita baik buat anda yang mahu merasai pengalaman pemanduan di dalam sebuah Bentley tapi tidak cukup mampu untuk memilikinya.

Di Eropah, Bentley mahu menganjurkan program konvoi yang disifatkan sebagai ‘pengembaraan jalan raya Britain yang terbaik’.

Perjalanan sejauh 644 km itu memakan masa sehingga empat hari, namun Bentley telah menyusun itinerari yang menarik bagi membolehkan anda menikmati pemandangan yang menarik di sepanjang perjalanan.

Bukan itu sahaja, Bentley turut menyediakan sajian makanan eksklusif, seperti makan malam di kilang Bentley serta berpeluang untuk menikmati hidangan restoran bertaraf bintang Michelin.

Bayaran untuk menyertai trip Bentley ini cuma berharga £11,350 (RM64,118) untuk setiap orang, di mana anda akan diberikan peluang untuk memandu model-model seperti Continental GT, Flying Spur dan SUV Bentayga.

Bentley menawarkan empat sesi yang berbeza sepanjang tahun 2022 bagi memudahkan urusan tempahan, dan senarai penuh itinerari dan pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan INI.

Google ads
Back to top button