Artikel Pilihan

MINYAK PELINCIR PERLUMBAAN TIDAK SESUAI UNTUK KERETA BIASA – APA PASAL BANG?

Minyak pelincir kenderaan merupakan hasil kejuruteraan tinggi yang memerlukan kepakaran, formulasi kimia, kejuruteraan bahan dan penyelidikan yang berterusan. Bergantung kepada keperluan kenderaan, ia mempunyai kepekatan, aditif dan formula yang berbeza-beza. Apa yang pasti ia akan menentukan tahap kecekapan dan prestasi selain memanjangkan jangka hayat enjin anda.

Jadi adakah pemilihan minyak paling mahal di pasaran lebih baik untuk enjin anda? Tidak sama sekali. Sepatutnya minyak pelincir yang digunakan mesti berdasarkan saranan daripada pengeluar (walaupun anda memang mampu membeli minyak paling mahal).

Lake Speed Jr. telah menerangkan apa yang berlaku jika anda menggunakan minyak pelincir perlumbaan pada kereta biasa dalam saluran Youtube The Motor Oil Geek.

Pertama sekali mereka menegaskan yang minyak pelincir perlumbaan seperti Valvoline VR-1 memang lebih baik berbanding minyak pelincir yang dicadangkan pengeluar tapi anda masih kurang bijak kalau menggunakannya sebagai alternative. Haih, macam mana tu? Acu royak molek gak abey dio.

Okey, minyak pelincir sintetik moden mempunyai tambahan anti-oksida ataupun aditif bagi memastikan pelincir ini kekal stabil dalam suhu tinggi. Jadi minyak pelincir ini akan sentiasa kekal efektif untuk jangka masa yang lama. Untuk kegunaan kereta biasa, jumlah aditif ini sangat banyak untuk memastikan ketahanannya sehingga mencecah 20,000 kilometer kegunaan sebelum ditukar.

Minyak pelincir perlumbaan tidak mempunyai aditif sebanyak minyak pelincir biasa menyebabkan ia tidak akan tahan lama.

Ia bukan satu masalah dalam dunia perlumbaan sebab minyak pelincir akan sentiasa ditukar baharu setiap kali berlumba. Tapi kalau nak guna sampai 10,000 ke 20,000 kilometer pada kereta biasa memang mengundag masalah namanya. Komponen enjin akan mengalami kehausan dengan cepat walaupun kualiti minyak perlumbaa lebih tinggi.

Perbandingan yang mudah ialah tayar biasa dan tayar perlumbaan. Tayar lumba memang mempunyai kompaun yang lebih lembut menjadikannya sangat efektif dalam perlumbaan. Namun jika digunakan pada kereta biasa, tayar tersebut akan cepat haus. Silap-silap tak sampai sebulan. Letih oo.

Jadi lain kali kalau rasa nak pakai alat-alat ganti perlumbaan ni tanya dulu kepada yang pakar. Sesuai ke tak untuk kegunaa kita sehari-hari. Banyak mana duit pun boleh habis oo kalau asyik membazir untuk benda yang tidak perlu.

Google ads
Back to top button