Buletin

MITSUBISHI ASX DITAMBAH BAIK   

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasminya memperkenalkan Mitsubishi ASX yang telah dipertingkatkan.

Mitsubishi-ASX-facelift-2015-mekanika (2)

Para pelanggan kini boleh memiliki SUV kompak ini pada harga RM104,791 ke atas menerusi pengenalan varian baharu ASX 2WD GL. Ia merupakan penambahan kepada varian ASX sedia ada iaitu ASX 2WD dan 4WD.

ASX 2WD ditawarkan pada harga RM112,571 dan ASX 4WD berharga RM125,040 seunit (tanpa insurans, termasuk GST untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung  Malaysia).

Varian  4WD and 2WD didatangkan dengan ciri-ciri luaran yang baru seperti lampu DRL dan antena jenis shark fin. ASX 4WD kini juga dilengkapi tujuh beg udara dan rim aloi dua tona bersaiz 17 inci.

Untuk ruang kabin pula, kedua-dua varian tersebut hadir bersama skrin sentuh, USB, Bluetooth, navigasi dan Virtual Acoustic Positioning System (VAPS) yang menawarkan kualiti audio mengagumkan.

Mitsubishi ASX dikuasakan oleh enjin MIVEC bersesaran 2.0 liter yang berupaya menjana 150PS dan tork 197Nm. Ia dipadankan dengan kotak gear INVECS-III CVT bersama sports mode.

SUV ini diserlahkan lagi menerusi warna baharu iaitu biru (Sporty Blue). Warna-warna lain termasuklah kelabu, perak dan putih. ASX hadir bersama pakej jaminan selama lima tahun.

Peralatan untuk ketiga-tiga varian ini  termasuklah tempat duduk dibalut kulit, pendingin hawa automatik, paparan multi-info berwarna dan cermin sisi. Sementara sistem hiburan dengan skrin sentuh menjadi ciri standard untuk varian 2WD dan 4WD.

Dari segi keselamatan, sistem brek ABS dan EBD adalah standard untuk semua varian. Manakala varian 4WD dilengkapi sistem kawalan semua roda (4WD), Active Stability Control (ASC), Traction Control dan Hill Start Assist (HSA).

Sempena ulang tahun ke-10 MMM di Malaysia, MMM akan menawarkan pelanggan dengan rebat tunai tambahan sehingga RM12,000 untuk model-model terpilih.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button