Motosikal

MFORCE BAKAL TAWAR JENTERA MOTO MARINI DI MALAYSIA. BERMULA DENGAN MODEL X-CAPE 650

Berita baik untuk peminat motosikal berkuasa tinggi tempatan. Ini kerana Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengedar eksklusif motosikal jenama Moto Morini untuk pasaran Malaysia.

Bagi mereka yang mungkin tidak pernah mendengar ama tersebut, Moto Morini merupakan antara  jenama motosikal terbaik di Eropah. Ia menawarkan pelbagai model berkuasa tinggi seperti Corsaro ZT, Corsaro ZZ, Milano dan Super Scrambler.

MForce dijangka memperkenakan model pertama Moto Morini X-Cape 650. Jentera  adventure kelas pertengahan itu sudah dilancarkan di peringkat global pada November lalu.

X-Cape 650 menggunakan enjin parallel-twin 649 cc sejukan cecair yang mampu menjana 60hp dan tork 56Nm @ 7,000 rpm.

Model baharu Moto Morini dijadual menemui orang ramai pada suku kedua tahun ini. Ia boleh dibeli di semua pengedar sah MForce di seluruh negara.

Google ads
Back to top button