Buletin

BARU KELUAR TEST DRIVE, PROTON X90 DILANGGAR WAJA DI LEBUH RAYA

Sebuah SUV yang dipenuhi pelekat penyamaran dan didakwa Proton X90 tular di media sosial TikTok apabila ia dilanggar oleh Proton Waja  dari arah belakang di lebuh raya. 

Video berdurasi 19 saat yang dikongsi oleh pengguna TikTok, Fadhiha Izzati itu lengkap dengan kapsyen yang berbunyi:  “Punya la teruja tengok kereta baru ini, lawa gila. Sekali selang beberapa minit, kemalangan pula.” 

Sementara itu, seorang pengguna yang dikenali sebagai @rsdzkry turut memberi komen terhadap video itu dengan memaklumkan bahawa pemandu kenderaan SUV itu ialah bapanya.

“Cuma nak bagi tahu yang kena langgar tu bapa saya. Mereka tengah test drive, mungkin yang langgar itu tak fokus tengak kereta ada tampal banyak pelekat,” katanya.

Orang ramai turut memberi pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Mesti orang yang langgar itu terlalu asyik tengok kereta baru sampai tak sedar dah langgar belakang,” kata @sunflower.

“Meriah sangat kereta, tarik perhatian semua orang yang lalu sebelah, mana tak dilanggarnya, apa-apa pun hati-hati memandu,” kata Fauzi Amzar.

“Mungkin kereta belakang tu rasa alang-alang kereta baru dengan ‘test drive’, apa kata dia cuba langgar, tahan lasak ke tidak,” kata Azri Edison.

Proton X90 yang merupakan model rebadge Geely Haoyue ialah sebuah SUV besar dengan kapasiti lima dan tujuh tempat duduk. Ia sudahpun dijual di Filipina dan dikenali sebagai Geely Okavango.

SUV segmen D tersebut hadir dalam dua pilihan enjin iaitu 1.5 liter turbo dan 1.8 liter turbo yang dipadankan bersama transmisi klac berkembar (DCT) 7 kelajuan. Bagi pasaran Filipina, SUV berkenaan menggunakan enjin 1.5 liter turbo berkuasa 190hp dan tork 300Nm. 

Sebelum ini, timbul laporan bahawa Proton telah mendaftarkan paten nama X90 dan X80 dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Nama tersebut dipercayai akan digunakan oleh Proton untuk SUV masa depannya.

Google ads
Back to top button