
MITSUBISHI MOTOR TAYANG GAMBAR SUV KOMPAK BARU, XFORCE. BERAPA HARGA DIA WEH?
Mitsubishi Motor telah menayangkan beberapa keping gambar dalaman dan juga luaran bagi sebuah SUV baru yang lebih kompak berbanding dengan kebanyakan model lama yang dihasilkan oleh kumpulan Mitsubishi.
Berdasarkan gambar dan rekaan yang digunakan, besar kemungkinan Mitsubishi XForce adalah sebuah SUV yang bersaiz dan boleh dikategorikan sebagai SUV atau crossover dalam segmen.

Dengan panjang 4390mm, lebar 1810mm dan tinggi 1660mm Xforce lebih besar berbanding Honda HR-V tapi lebih kecil berbanding dengan Toyota Corolla Cross.
Dari segi trenkuasa, ia akan dibekalkan dengan enjin 1500cc 4 silinder (mungkin sama dengan Xpander) namun diberikan transmisi CVT yang akan menghantar semua kuasa enjin pada roda depan.

Bagi mengangkat kapasiti XForce, jarak kelegaan dengan permukaan jalan dinaikkan kepada 222mm menjadikannya setara dengan kebanyakan SUV kompak yang lain
Rekaan depan masih lagi menggunakan tema Dynamic Shield namun evolusi rekaannya telah bertambah baik berbanding dengan Triton dan juga Xpander. XForce juga akan dibina dengan menggunakan platfrom yang sama seperti Xpander.

Tapi XForce akan menerimajarak kelegaan yang lebih tinggi dan penyerap hentak dengan diamter yang lebih besar di bahagian belakang
Bergantung pada varian, XForce akan menawarkan 4 mode pemanduan samaada Normal, Wet, Gravel dan juga Mud. Wet Mode berupaya membantu XFOrce melalui jalan yang basar berliku dengan lebih stabil dan mengurangkan kebarangkalian berlakunya kereta terbabas dengan bantuan Active Yaw Control

Antara ciri-ciri menarik yang boleh diperhatikan termasuklah rekaan luar yang lebih moden, penggunaan skrin digital yang lebih besar, kemasan papan pemuka yang lebih bergaya, dan tombol gear lengkap dengan butang Overdrive,
Model Xforce juga dipasang brek parkir elektrik, AutoHold, penyaman udara digital, meter 3 beradik seperti model Pajero dan pembesar suara dari jenama Yamaha.

