
FIA HILANG AKAL, LETAK SYARAT 18 PUSINGAN BAGI SATU SET TAYAR.
Semua pelumba F1 di litar di Qatar GP perlu berhenti pada setiap 18 pusingan berdasarkan peraturan terbaru yang dikeluarkan oleh FIA. Perkara ini disahkan oleh FIA disebabkan faktor keselamatan disebabkan keadaan tayar dan juga keadaan rekaan litar Losail International Circuit.
Pada Jumaat lepas, pengeluar tayar untuk perlumbaan F1 iaitu Pirelli memberi amaran bahawa berdasarkan analisis yang dibuat mendapati tayar akan mengalami kehausan melampau pada pusingan ke 19, menyebabkan semua pelumba perlu menukar tayar pada pusingan ke 18.
Ini bermakna bagi menghabiskan perlumbaan sebanyak 57 pusingan, semua pelumba perlu berhenti sebanyak 3 kali atas faktor keselamatan. Ketika sesi Sprint, FIA mendakwa data yang dikumpul oleh Pirelli tidak mencukupi bagi menjamin keselamatan pemandu dan memutuskan peraturan baru 18 pusingan perlu dilaksanakan.
Ketika perlumbaan dijalankan, FIA dan Pirelli telah memantau penggunaan tayar dengan teliti dan mana-mana pelumba yang menggunakan tayar melebihi 18 pusingan akan dikenakan penalti oleh FIA disebabkan berlumba dalam keadaan tidak selamat.
Kombinasi perlumbaan dengan halaju tinggi di Losail International Circuit dan kerb liatr yang berbentuk piramid serta cuaca panas telah meletakkan tekanan yang tinggi pada tayar. Walaupun FIA telah mengenakan had laju pada selekoh 12 dan 13, namun ia masih tidak mencukupi bagi menjamin keselamatan pemandu.
Dalam satu kenyataan rasmi FIA menyatakan “disebabkan campur tangan kereta keselamatan yang masuk telalu kerap dan analisa data yang tidak konkrit oleh Pirelli semasa sesi Sprint, maka FIA memutuskan tindakan terbaik untuk keselamatan adalah menghadkan bilangan pusingan bagi setiap set tayar”.

