
RUSA ‘BERTEMANKAN’ TAYAR PADA LEHER SELAMA 2 TAHUN
Seekor rusa ‘bertemankan’ tayar pada leher selama dua tahun di Colorado, Amerika Syarikat (AS) kini mampu menjalani kehidupan normal.
Rusa jantan yang berusia hampir lima tahun itu dikesan berada di Pine Junction, barat daya Denver sebelum ia ditembak dengan ubat pelali.
Tanduk haiwan terpaksa dipotong para pegawai Hidupan Liar dan Taman-Taman negeri itu untuk mengeluarkan tayar tersebut apabila besi tayar berkenaan gagal dipotong.

Rusa terbabit kali pertama dikesan dua tahun lalu, ketika rutin tinjauan Hidupan Liar dilakukan dan mendapati terdapat tayar tersangkut pada leher haiwan berkenaan.
Berikutan terlalu lama membawa bebanan tayar, terdapat kesan kecederaan pada sekitar leher haiwan itu dan bulunya juga semakin menipis.
Berat rusa itu dilaporkan 270 kilogram dan direkodkan beberapa kali berjalan di antara Park County dan Jefferson County. – TheDrive
- BACA: SEBIJI TAYAR MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI = SATU SET TAYAR ALZA. KENAPA MAHAL SANGAT?
- BACA: BILA KENA TUKAR TAYAR BARU? INI 9 TANDA ANDA KENA TUKAR TAYAR
- BACA: KUWAIT MULA USAHA KITAR SEMULA 42 JUTA TAYAR DI ‘PUSARA TAYAR’
- BACA: KEPULAN ASAP TEBAL DIRAKAM SATELIT. TAPAK PELUPUSAN TAYAR TERBESAR DI DUNIA TERBAKAR





