Artikel PilihanBuletin

MITSUBISHI TRITON SERBA BARU AKAN DILANCARKAN PADA 26 JULAI NANTI

Dalam satu kenyataan akhbar pada 10 Julai 2023, Mitsubishi Motors Corporation akan menggunakan kerangka ladder frame dan enjin serba baru bagi menghasilkan model 4×4 pikap Triton serba baru nanti bagi mencapai objekttif rekaan yang lebih selamat dan selesa bagi semua keadaan cuaca dan permukaan jalan raya.

Mitsubishi Triton serba baru ini dijadualkan akan dilancarkan pada 26 Julai 2023 jam 10 pagi bertempat di Bangkok dengan majlis pelancaran akan ditayangkan secara terus melalui laman sesawang dan juga pentriman video di laman sosial

Mitsubishi masih mengekalkan ciri-ciri pikap trak mereka dengan keupayaan membawa muatan sekitar 1 tan, manakala cesi ladder frame akan mengetengahkan rekaan sistem suspensi double wishbone yang dipertingkat dan suspensi belakang dedaun yang direka bagi memenuhi keperluan pengguna Mitsubishi Triton di seluruh dunia.

Suspensi ini akan mengekalkan kawalan Triton dan pada masa yang sama menawarkan ciri keselesaan yang lebih baik. Model Mitsubishi Triton yang terbaru ini juga dibangunkan dengan menggunakan enjin turbodiesel serba baru, menawarkan pelepasan asap yang lebiih bagus, pengurangan geseran mekanikal bagi penggunaan bahan api yang lebih baik serta kuasa yang lebih tinggi

Mitsubishi Triton serba baru ini dihasilkan setelah 9 tahun model lama membuat penampilan dan Mitsubishi telah menemuramah semua pengguna Triton bagi mengetahu aspek pembaikan yang boleh ditawarkan pada model baru dari segi enjin, suspensi, rekaan luar dan juga rekaan bahagian dalam kabin.

Hasilnya model baru ini menunjukkan peningkatan ketara pada pemanduan, keselesaan dan juga aspek keselamatan. Malah menurut Yoshiki Masuda, model terbaru ini diuji dengan lebiih ketat berulang kali bagi memenuhi keperluan pengguna yang mahukan sebuah trak pikap untuk kegunaan lasak mahupun kegunaan rekreasi

Berdasarkan rekaan luar dan gambar yang ditunjukkan, Mitsubishi Triton serba baru ini menampilkan rekaan lampu yang baru serta rekaan muka depan yang diubah berbanding dengan rekaan asal Dynamic Shield Design. Anda boleh saksikan pelancaran Mitsubishi Triton serba baru di SINI

Google ads
Back to top button