
MITSUBISHI XFORCE DILANCARKAN – HARGA BERMULA RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi melancarkan SUV kompak terbaharu mereka, Mitsubishi Xforce untuk pasaran tempatan.
Model ini memasuki pasaran tempatan dalam dua pilihan varian iaitu Urban dan Ultimate, dengan harga RM109,980 untuk Urban dan RM119,980 bagi Ultimate.
Dari segi rangkaian kuasa, kedua-dua varian menggunakan konfigurasi yang sama iaitu enjin petrol 1.5 liter aspirasi semula jadi bersama transmisi automatik CVT, menghasilkan kuasa 105PS dan tork 141Nm.

Semua varian turut hadir dengan rim aloi 18-inci serta penarafan keselamatan ASEAN NCAP lima bintang.
Ciri standard untuk kedua-dua varian
Antara kelengkapan yang diberikan secara menyeluruh termasuk:
- Brek parkir elektrik dengan fungsi Brake Hold
- Active Yaw Control untuk kestabilan tambahan
- Hill Start Assist
- Kunci pintu automatik mengikut kelajuan
- Pengelap cermin automatik
- Sensor parkir hadapan dan belakang
- Kamera monitor sekeliling
Varian Urban:

Walaupun merupakan varian asas, Urban masih menawarkan ciri moden yang menyeluruh. Antara kemudahan utama ialah:
- Skrin infotainmen 8-inci dengan Android Auto dan Apple CarPlay berwayar
- Paparan meter pemandu TFT 4.2-inci
- Pendingin hawa dwi-zon dengan ventilasi lutut belakang
- Sistem audio 8 pembesar suara lengkap dengan tweeter
- Kamera DVR hadapan terbina dalam
Kemudahan kabin turut dipertingkat dengan tempat duduk hadapan larasan manual, tempat duduk belakang boleh laras sehingga lapan tahap, perehat tangan tengah dengan fungsi penyejukan serta ruang simpanan yang luas.
Untuk aspek keselamatan, Urban dilengkapi empat beg udara serta ciri bantuan pemandu seperti Blind Spot Warning, Lane Change Assist, Rear Cross Traffic Alert dan kawalan pelayaran biasa.

Varian Ultimate:
Bagi mereka yang mahukan pengalaman lebih mewah, varian Ultimate tampil dengan beberapa peningkatan ketara. Antaranya:
- Skrin infotainmen lebih besar 12.3-inci dengan sambungan tanpa wayar
- Paparan meter digital penuh 8-inci
- Sistem audio Yamaha Premium Dynamic Sound yang ditala khas untuk Xforce
- Pengecas telefon tanpa wayar
- Pencahayaan ambien LED biru
- Sistem penulen udara Nanoe-X
Bahagian dalaman Ultimate juga menggunakan tema lebih cerah dengan fabrik putih mélange serta kemasan papan pemuka mocha.
Ia turut menerima pintu but berkuasa dengan sensor kaki, cermin pandang belakang auto-dimming serta kamera DVR hadapan dan belakang.

Ultimate tambah pakej ADAS penuh
Perbezaan terbesar antara Urban dan Ultimate adalah pada ciri keselamatan lanjutan. Ultimate hadir dengan enam beg udara termasuk tirai sisi serta sistem bantuan pemandu lengkap seperti:
- Adaptive Cruise Control
- Forward Collision Mitigation
- Lane Departure Warning
- Lane Centering Assist
- Automatic High Beam
- Tyre Pressure Monitoring System
Ultimate juga memperkenalkan mod pemanduan boleh pilih iaitu Normal, Wet, Gravel dan Mud, bagi menyesuaikan kawalan cengkaman mengikut permukaan jalan.
Dari sudut luaran, varian ini turut menerima perincian tambahan seperti emblem pada bonet serta spoiler pada pintu but belakang.
Seperti dinyatakan di atasa, harga rasmi Mitsubishi Xforce bermula dengan varian URBAN pada RM109,980, manakala varian ULTIMATE ditawarkan pada RM119,980 (OTR tanpa insurans).
Pembeli turut menikmati Early Bird Promotion termasuk rebat tunai RM5,000, 3 kali servis percuma (free labour) serta peluang Buy 1 Free 1 Contest, dengan tempoh lanjutan sehingga 12 April 2026.
Selain itu, pelanggan boleh memilih Loyalty Program dengan tambahan rebat RM1,000, atau Government Scheme yang turut menawarkan tambahan rebat RM1,000.
Mitsubishi turut menawarkan aksesori tulen dan opsyen tambahan untuk Xforce dengan diskaun 20% bagi 50 pelanggan pertama.
Antara pakej yang ditawarkan:
- Excitement Package – RM3,280 (Front Under Garnish, Side Door Garnish, Rear Under Garnish)
- Fashion Roof Rail Package – RM1,760
- Practical Package – RM560 (Luggage Tray, Mud Guard)
GALERI:





































