Motosikal

MODA SPORTER S VERSI 400CC BAKAL MASUK MALAYSIA?

Antara skuter 250cc yang semakin mendapat perhatian adalah Moda Sporter S 250 tawaran AFY Mobility Indusrtries (AMI) di Malaysia. 

Ini kerana selai menawarkan reka bentuk yang sporty dan agresif bagi segmen skuter maxi 250cc, Sporter S juga merupakan skuter 250cc terpantas dalam segmennya. Ini kerana dalam keadaan standard, Sporter S mampu merekodkan kelajuan sekitar 160km/j. 

Untuk rekod, Moda Sporter S itu merupakan skuter yang dijenamakan semula dari jenama China, Taro Motor. Lebih menarik, Taro Motor turut menawarkan versi 400cc (359.1cc). 

Kami difahamkan, bahawa terdapat perancangan untuk turut memperkenalkan versi lebih besar itu untuk pasaran Malaysia. 

Untuk rekod, meskipun di Malaysia dikenali sebagai model Sporter S, di China, skuter tersebut dinamakan sebagai Huracan dan hadir dengan tiga sesaran enjin, 125cc, 300cc dan 400cc. 

Versi 400cc merupakan varian tertinggi dan dilengkapi dengan pelbagai ciri yang lebih premium antaranya sistem keyless, skrin TFT 6.2-inci, grip pemanas, dan throttle elektronik. Menariknya, Huracan 400 ini juga menawarkan fungsi cruise control secara standard. 

Sementara itu, Huracan 400 ini menawarkan 28hp pada 7,000rpm dan 28Nm pada 7,000rpm yang terhasil dari unit satu silinder 359.1cc SOHC dengan sistem penyejukan cecair. 

Antara kelengkapan lain ditawarkan termasuk fork teleskopik USD 37mm, penyerap hentak berkembar belakang dengan tabung gas, cakera brek berkembar 260mm depan dan 230mm di belakang masing-masing dipadankan dengan ABS. 

Berat keseluruhan jentera diletakkan pada 168kg dengan tangki bahan api berkapasiti 13L. 

GALERI: TARO HURACAN 400

Google ads
Back to top button