
MODEL PERTAMA SKYWELL BE11 DARI CHINA TELAH TIBA DI UK
Satu lagi pendatang baharu dalam dunia EV berasal dari China, Skywell telah pun tiba di bumi UK. Bagi meraikan detik penting tersebut, seorang pelanggan telah menerima penghantaran model pertama Skywell BE11 serba baharu.
Skywell sebelum ini terlebih dahulu bekerjasama dengan Auto Trader pada penghujung 2024 sebelum BE11 mula dijual, menggunakan platform digital yang popular, untuk membina kesedaran tentang nama Skywell baharu di UK, dengan menawarkan Skywell BE11 serba baharu sebagai sebahagian daripada kempen ‘Pemberian Kereta Baharu’ mereka.
Sebagai sebahagian daripada kempen ikonik daripada Auto Trader, Skywell BE11 baharu telah dilihat lebih daripada 2.8 juta kali di platform mereka, dengan 396,000 tontonan organik dan jangkauan selanjutnya sebanyak 2.4 juta tera merentas media sosial.

Ternyata kempen pengikanan yang dijalankan bersama Auto Trader telah berjaya membuahkan hasil untuk memperkenalkan jenama Skywell di pasaran UK yang mungkin cukup asing buat mereka.
Model Skywell BE11 ini adalah merupakan sebuah SUV EV keluarga yang cukup selesa dan mempunyai jarka perbatuan diantara 489 km hingga ke 645 km mengikut varian (Standard & Long Range).
Dan untuk model pertama Skywell BE11 ini, ianya telah diserahkan kepada individu bertuah John Warne dari Kingston Upon Thames dengan membawa pulang varian Standard Midnight Blue setelah terpilih daripada 391,000 penyertaan yang diterima.
Menurut John Warne, rakan – rakan beliau juga kagum dengan model yang beliau menangi itu, malah turut mengakui sekiranya tidak menang beliau sememangnya tidak teragak untuk membelinya sendiri model tersebut.

Diantara ciri menarik yang pastinya mampu memikat hati rakyat UK adalah ruang yang luas dan besar dimiliki oleh Skywell BE11. Malah perkara itu diakui oleh John Warne sendiri apabila ada rakan beliau yang mencuba kerusi barisan belakang dengan selesa tanpa masalah, apatah lagi rata – rata rakyat UK mempunyai saiz fizikal yang agak tinggi..
Lain – lain ciri tambahan termasuklah Skyroof panorama bukaan penuh, pencahayaan ambien dalaman LED 128 warna, sistem bunyi Metz 8.1 pembesar suara, tempat duduk balutan kulit Alcantara dengan fungsi boleh laras secara elektrik 6 hala,, fungsi V2L, pengecasan dan sambungan telefon pintar tanpa wayar, navigasi, serta roda aloi 19 inci menjadikan SUV segmen D ini cukup berbaloi untuk dimiliki.
Pada aras harga hanya £36,995 (RM212,277) dengan waranti 7 tahun / 100,000 km mampu memberikan pilihan yang baik kepada rakyat UK kelak.
BACA : BYD SEALION 05 EV DIPERKENALKAN DI CHINA – TAWAR JARAK GERAK 520KM, HARGA SEKITAR RM78K

