Buletin

MODEL ULTRA-RARE LAMBORGHINI VENENO COUPE – ADA 4 UNIT SAHAJA

Buat pertama kalinya, kumpulan pengedar kenderaan mewah, H.R. Owen yang berpangkalan di UK mempamerkan model Lamborghini paling rare di London.

Bermula 23 Disember hingga 6 Januari 2017, jentera tersebut boleh dilihat di bilik pameran Lamborghini London di South Kensington. Sebelum ini hanya boleh dilihat di Muzium Lamborghini di Sant’Agata Bolognese, Itali atau motor show berprofil tinggi.

lamborghini-veneno-coupe-mekanika-2

Veneno Coupe yang lain macam reka bentuknya itu hanya dibina empat unit oleh Lamborghini.

BACA: LAMBORGHINI AVENTADOR S 2017 – 740hp, RM1.9 JUTA 

BACA: HADIAH ISTERI LAMBORGHINI, ISTERI LANGGAR BECA

Veneno Coupe pada asalnya dilancar pada tahun 2013 sebagai tribute khas sempena ulang tahun jenama Lamborghini yang ke-50. Pada ketika itu, ia dijual pada harga £3.6 juta (RM19.7 juta).

lamborghini-veneno-coupe-mekanika-1

Tetapi pada Mac lalu, seorang broker di Jepun mengiklankan Veneno Coupe miliknya di sebuah laman web Jerman pada harga £8.8 juta (RM48.3 juta)! Sekali gus menunjukkan bahawa nilai jentera ini terus meningkat.

Tahun depan mesti naik lagi harga dia ni. Campur dengan GST lagi…

Google ads
Back to top button