
BULLIT TAWAR HERO 125 SCRAMBLER
Ramai di antara kita mungkin tidak pernah dengar jenama motosikal Bullit ini. Tetapi, ia sebenarnya cukup popular di United Kingdom dan Perancis.
Pengeluar motosikal dari Belgium itu menawarkan jentera dengan tema moden klasik. Setakat ini, Bullit menawarkan tiga model iaitu Bullit Hunt 125, Hunt S 125 dan Hunt S 250.
BACA: HONDA PERKENAL JENTERA MODEN KLASIK CB1100 EX
BACA: 6 SEBAB KENAPA ANDA PERLU PERTIMBANGKAN TRIUMPH STREET TWIN
Untuk tahun 2017, Bullit memperkenalkan model baharu yang dikenali sebagai Hero 125 Scrambler. Ia menggabungkan inspirasi rekaan jentera klasik British dengan teknologi moden untuk menawarkan pengalaman tunggangan yang menyeronokkan.
Dengan menggunakan enjin berkapasiti kecil, ia ditawarkan pada harga yang murah. Sekali gus menjadi pilihan untuk mereka yang baru ingin menunggang motosikal dan bergaya.
Model ini memiliki karekter sebuah scrambler sebenar dengan tempat duduk rata, kompak, ekzos pada posisi tinggi, rim lidi dan tayar yang sesuai untuk laluan off-road. Ia juga dipasang dengan brek cakera pada kedua-dua buah roda, penghidup elektrik dan menggunakan suspensi USD.
Hanya seberat 119kg, motosikal itu digerakkan oleh unit enjjin silinder tunggal dengan sistem pancitan bahan api berkuasa 11.5hp yang menepati piawaian emisi Euro 4. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear kuma kelajuan. Dengan setangki penuh 10.6 liter, jentera itu mampu bergerak sejauh 300km.
Hero 125 Scrambler ditawarkan pada harga £2,400 (RM13,200) seunit dan dijangka berada di pasaran Eropah pada akhir Januari depan.