Artikel PilihanModifikasi

JAY LENO GARAGE – RETRO MOD DATSUN 510

Kenal Jay Leno? Kalau minat kereta dan tak kenal Jay Leno. Sila tinggalkan page ini segera dan beralih ke laman web siakaplipan, rotilipan atau ohlipan. Untuk pengetahuan adik-adik di luar sana, Jay Leno ialah seorang pemain badminton terkenal. OK tipu. Tak kelakar kan?


Selebriti Amerika ini memang dikenali sebagai seorang yang minat kereta (dan motor). Beliau ada ratusan buah kereta yang dikumpul. Bagusnya, walupun kaya ya ampun, kereta-kereta yang dimiliki Jay Leno bukan semuanya kereta mewah. Banyak kereta biasa, klasik dan rare.

Selain menjadi popular menerusi rangkaian “Jay Leno Show”, beliau juga mempunyai saluran video Jay Leno Garage. Dalam siri ini, beliau menemuramah Greg Elliot, pemilik Datsun 510 2 pintu yang mana di mana-mana sahaja di dunia, kereta 510 tak cukup pintu adalah spesis yang rare.

Ia bukanlah kereta yang senang direstorasi semudah AE86. Ini adalah kereta 70-an yang selalunya berperang dengan masalah reput dan karat. Ternyata 510 ini telah menjalani proses restoasi dan modifikasi yang sukar untuk menghasilkan semula dalam bentuk begini.

DI Amerika, spesifikasi pilihan sewaktu diperkenalkan waktu tahun Abang Japar lahir dulu, datang dengan enjin 1.6 liter dengan kira-kira 96 kuasa kuda. Agak bagus untuk angka tahun 1970-an. Akan tetapi Elliot telah menaiktaraf kepada enjin 4 selinder 2.3 liter yang menghasilkan 153 kuasa kuda dan 160Nm tork. Lagi lah sedap sebab kereta ni cuma seberat 900 kilo sahaja.

Elliot juga mengahwinkan beberapa peralatan dari Datsun 280ZX seperti transmisi manual lima kelajuan, flywheel dan differential belakang. Ia dipasangkan dengan suspensi lebih rendah 3 inci dengan pelaras camber luaran. Akhir sekali sedikit citarasa retro Amerika dengan rim VTO

BACA: RESTO MOD 510 COUPE DARI KELANTAN

BACA: DATSUN 510 KEMBAR JAY LENO DARI JOHOR

 

 

https://www.youtube.com/watch?v=YwhwwrkYMpc

 

 

 

 

Google ads
Back to top button