Motosikal

RASMI: LAMBRETTA G350, X250 LANCAR DI MALAYSIA TAK LAMA LAGI

Jenama motosikal ikonik Itali, Lambretta dengan rasminya mengumumkan kehadiran di Malaysia. 

Menawarkan pelbagai barisan motosikal jenis skuter bergaya retro-klasik, Lambretta dalam satu kenyataan mendedahkan perancangan untuk membuka lima pusat pameran rasmi di seluruh negara termasuk di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kuching. 

Dalam pada itu, Lambretta mengesahkan bahawa dua model serba baharu, Lambretta X250 dan G350 merupakan dua model yang akan diperkenalkan di pasaran negara tidak lama lagi. 

Untuk rekod, Lambretta G350 dipacu enjin satu silinder 330cc 4-stroke yang menawarkan 27hp dan 27Nm. 

Google ads
Back to top button