Buletin

TRAK PIKAP PALING POWER DI UK (900hp) AKAN DILELONG

Sebuah trak pikap Chevrolet S10 tahun 1984 yang mempunyai enjin berkuasa lebih 900hp akan dilelong pada acara Practical Classics Classic Car and Restoration Show anjuran Classic Car Auctions (CCA) di NEC Birmingham, Britain April depan.  

Trak pikap klasik itu dipasang dengan enjin Chevrolet V8 Big Block bersesaran 7.0 liter. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear manual TH400 yang dibina semula. Gabungan itu membolehkan kuasa mencecah 640 secara aspirasi biasa (N/A) dihasilkan.

Melalui penambahan kit Nitrous Oxide, trak itu boleh menjana kuasa lebih 900hp, kuasa yang sama dengan McLaren P1. Modifikasi ekstrem itu membolehkannya  memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa hanya 1.3 saat dengan kelajuan maksimum 245km/j.

Sah untuk dipandu di atas jalan biasa, jentera tersebut dilengkap roll cage penuh, pemanas dan tingkap elektrik untuk kemudahan pemandu. Sebagai sebuah trak pikap lumba, ia memang popular dalam perlumbaan drag dan sudah berlumba selama lebih sepuluh tahun.

Pemiliknya sudah menyimpan trak pikap itu sejak 24 tahun lalu. Dia telah membelanjakan lebih £85,000 (RM460,400) untuk proses modifikasi dan penyelenggaraan. Namun begitu, trak pikap itu dijangka dilelong pada harga sekitar £30,000 (RM162,500) hingga £35,000 (RM189,500). Tak balik modal pun.

BACA: KEMPEN CCC – PAKEJ KOMPREHENSIF UNTUK PEMILIK CHEROLET 

BACA: CHEVROLET COLORADO ZR2 GUNA SUSPENSI SUPERCAR!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button