Motosikal

QJMOTOR BAKAL CABAR ROYAL ENFIELD DENGAN SRC500 – 25.5HP, 36NM

Motosikal satu silinder dengan gaya retro semakin popular kebelakangan ini terutamanya melibatkan jenama seperti Royal Enfield dan Honda. 

Royal Enfield 350 dan Honda CB350 merupakan contoh terbaik jentera berenjin satu silinder yang semakin mendapat tempat di pasaran global. 

Terbaru, gergasi motosikal China, QJMotor mahu menyaingi segmen motosikal klasik menerusi model terbaru, SRC500. 

Fokus utama SRC500 – selain reka bentuk klasik – adalah di bahagian enjin yang bernadikan unit satu silinder dengan ‘stroke’ panjang dan sistem penyejukan udara. Enjin tersebut berupaya menjana 25.5hp pada 5,750rpm dan 36Nm pada 4,250rpm. Menariknya, enjin tersebut mencapai standard Euro5. 

Seperti rupanya, QJMotor SRC500 menampilkan kelengkapan klasik termasuk penggunaan kerangka besi ‘double loop’, transmisi manual 5-kelajuan dan rim jenis lidi (spoke) 19-inci depan dan 18-inci belakakng. 

Meskipun begitu, QJMotor tidak mengetepikan ciri keselamatan dan memastikan SRC500 ini dilengkapi dengan ABS. Sementara itu, motosikal ini juga datang dengan tangki bahan api berkapasiti 15L. 

Google ads
Back to top button