Buletin

MFORCE PERKENALKAN JENAMA BAHARU, MOTO BOLOGNA PASSIONE (MBP) DI KL BIKE SHOW 2023

Selain pelancaran model-model terbaharu dari jenama lain, Mforce turut menampilkan jenama terbaru iaitu Moto Bologna Passione atau dikenali sebagai MBP Moto di KL Bike Show 2023.

Ia sekaligus menyaksikan Mforce akan menjadi pengedar ekslusif bagi jenama Itali ini.

Moto Bologna Passione (MBP) adalah sebuah jenama revolusi dalam dunia motosikal, dikenali dengan inovasi, kecemerlangan rekaan, serta teknologi terkini.

Dengan aplikasi canggih dan sistem terkini, MBP Moto membolehkan peminat merasai pengalaman pemanduan yang lebih selamat, selesa, serta interaktif.

Di KL Bike Show 2023 yang berlangsung di PWTC hari ini sehingga 27 Ogos 2023, Mforce turut mempamerkan beberapa model dari MBP, di mana ia dirancang bakal memasuki pasaran seperti C1002V, SC150RE, M502N dan SC150.

Walau bagaimanapun, setakat ini tiada lagi sebarang kata putus mengenai harga atau ciri-ciri akhir bagi setiap model tersebut, memandangkan ia perlu selari dengan misi utama Mforce iaitu menawarkan harga berpatutan kepada rakyat Malaysia.

Google ads
Back to top button