Buletin

NISSAN X-TRAIL 2024 FACELIFT DILANCARKAN DI A.S., HARGA BELUM DIDEDAHKAN

Model facelift Nissan X-Trail 2024 atau dipanggil Rogue di Amerika Utara baru-baru ini dilancarkan di pasaran A.S.

Di pasaran A.S., ia ditawarkan dalam empat varian iaitu varian asas S, SV, SL dan Platinum.

Dari segi penampilan, ia hadir dengan reka bentuk bampar baharu, jeriji air V-Motion baharu, logo kemasan satin serta rim 18-inci baharu.

Bagi varian tertinggi, ia diserlahkan lagi melalui rim bersaiz 19-inci serta kemasan pelindung bawah sisi badan.

Di bahagian dalam, ia dimuatkan bersama skrin multimedia dan instrumen LCD penuh bersaiz 12.3-inci, head-up display selain, dilengkapi sistem Google terbina dalam.

Sistem Google terbina dalam ini adalah bagi memudahkan pengguna mengakses aplikasi Google tanpa perlu menggunakan telefon pintar.

Bukan itu sahaja, kesemua varian dibekalkan dengan servis NissanConnect secara percuma selama tiga-tahun (sebelum ini hanya enam-bulan).

Sistem telematik pula didatangkan secara standard pada varian SV dan ke atas, di mana ia boleh dihubungkan melalui aplikasi MyNissan.

Selain itu, model facelift ini juga meminimakan penggunaan butang fizikal.

Bagi aspek keselamatan, ia dilengkapi dengan ciri-ciri seperti berikut:

  • Nissan Safety Shield® 360 dengan fungsi Peringatan Lintasan Trafik Belakang dan Amaran Titik Buta
  • Amaran Lencongan
  • Bantuan Lampu Tinggi
  • Pembrekan Belakang Automatik
  • Pembrekan Kecemasan Automatik
  • Pengesanan Pejalan Kaki

Untuk rekod, varian SV turut menerima sistem ProPILOT Assist, di mana ia boleh dihubungkn kepada Navi-Link, sekali gus membolehkan kelajuan dikawal secara automatik dan proaktif.

Dari segi kuasa, ia dijana oleh enjin KR15DDT 1.5 liter tiga silinder turbo, menghasilkan 201hp pada 5,600rpm dan tork 305Nm dari 2,800 sehingga 4,000rpm.

Untuk harga pula, Nissan bagaimanapun masih belum mendedahkan harga bagi model facelift ini.

GALERI:

Google ads
Back to top button