Buletin

MFORCE BIKE AKAN BAWA MASUK MOTO MORINI SEIEMMEZZO PADA 2023. VARIAN NAKED DAN SCRAMBLER, ENJIN PARALLEL-TWIN 649CC, 61HP

Pengedar jenama Moto Morini di Malaysia, MForce Bike Holdings dijangka meluaskan lagi tawaran motosikal jenama itali itu di Malaysia dengan membawa masuk Moto Morini Seiemmezzo pada 2023.

Menurut sumber, MForce telah menerima satu unit Seiemmezzo untuk menjalani ujian dan VTA Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Di pasaran Eropah, terdapat dua varian ditawarkan iaitu STR (naked) dan SCR (scrambler). Namun untuk pasaran tempatan, masih tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua varian tersebut akan diperkenalkan atau sebaliknya.

Di pasaran Eropah, Seiemmezzo STR boleh didapati dalam warna putih (Starlight White), merah (Fire Red) dan kelabu (Smoky Anthracite). Manakala model SCR menampilkan warna hijau (Navy Green) dan hitam (Night Black).

Perbezaan yang terdapat untuk kedua-varian ini adalah SCR menampilkan penggayaan klasik, sementara STR mendapat rupa lebih moden. Lebih terperinci lagi, SCR didatangkan dengan rim lidi dan STR menggunakan rim aloi.

Penambahan mudguard yang lebih tinggi di depan serta tempat duduk gaya retro menaikkan lagi imej scrambler pada SCR. STR pula kekal dengan imej serta gayaan lebih moden.

Seiemmezzo STR dan SCR dikuasakan oleh enjin parallel-twin 649cc dengan sistem penyejukan cecair dan pancitan bahan api yang menawarkan kuasa 61hp dan tork 54Nm. Enjin itu turut digunakan pada X-Cape 650 yang sudahpun ditawarkan di Malaysia.

Enjin tersebut membolehkan STR dan SCR mampu mencapai kelajuan sehingga 170km/j dan dilengkapi tangki minyak 16L.

Antara ciri lain termasuklah ABS dwi-saluran, cakera brek berkembar berukuran 298mm di depan, 255m (tunggal) belakang, fork depan Kayaba 43mm dengan jarak pergerakan 120mm dan monoshock Kayaba boleh laras (preload) di belakang.

Namun, masih belum ada sebarang berita mengenai tarikh pelancaran. Apa yang pasti ialah model tersebut dijangka menjadi model hangat pada tahun 2023. – Moto Malaya

GALERI:

Google ads
Back to top button