
MOTOGP MISANO: ROSSI DAN MARQUEZ BERGADUH (LAGI)…
Ujian kelayakan yang berlangsung semalam menyaksikan satu insiden kecil yang membabitkan dua pelumba “bintang” MotoGP iaitu Valentino Rossi dan Marc Marquez.
Umum mengetahui bahawa perseteruan dua pelumba pasukan Yamaha dan Honda yang tak pernah aman. Kemuncak pergaduhan mereka pada 2015 di Litar Sepang menyebabkan Rossi dikritik hebat namum pada pusingan di Argentina tahun berikutnya, Marquez pula membalas “dendam” kepada pelumba veteran itu.
Namun beberapa tahun kebelakangan ini tidak terjadi lagi krisis antara kedua mereka. Sebabnya mungkin mudah, tiada lagi berlaku pertembungan 1-2 di mana pada kebanyakan perlumbaan, Marquez berada jauh di hadapan. Kedudukan mereka berdua, terpisah. Rossi lebih banyak berpusing cari rumah sewa berbanding Marquez yang mengejar podium.
Tapi semalam berlaku satu insiden di mana sekali lagi pertembungan berlaku sewaktu ujian kelayakan untuk menentukan kedudukan grid.
Ketika pusingan terakhir ujian masa itu, Rossi berada di hadapan sementara Marquez mendakwa pelumba Yamaha itu melepasi had trek di selekoh ke enam.
“Saya memang selalu keluar selekoh di sempadan hujung dan saya tak tahu saya menyentuh kawasan hijau,” ujar Rossi.
“Saya berada dalam “hot lap” dan itulah peluang terakhir saya. Cuma selepas melihat rakaman, barulah saya perasan saya menyentuh kawasan hijau.
The events that happened at the end of Q2 👀
Moments before this, both @ValeYellow46 and @marcmarquez93 had lost their laps due to exceeding track limits! ⚠️#SanMarinoGP 🇸🇲 pic.twitter.com/bujXg4h4MN
— MotoGP™ 🇲🇾 (@MotoGP) September 14, 2019
“Berkenaan insiden saya dengan Marquez, saya berada dalam ‘hot lap’, saya tumupan 100 peratus dan beliau pintas saya di selekoh laju di selekoh 11, dia sebab kan saya hilang banyak masa,” tambah Rossi.
“Ia reaksi yang agresif. Tapi saya tak sangka itu berlaku sebab pada awalnya saya ingat pusingannya dibatalkan sebab dia masuk kawasan hijau pada selekoh enam,” Ujar Marquez.
Samada Rossi patut dihukum atau tidak, Marquez memberitahu “Saya tak peduli sebab dia bukan pesaing dalam kejuaraan pun. Saya tak tahu, saya takkan buang masa, ia bukan keputusan saya”.
Insiden tersebut bagaimanapun menjejaskan peluang Rossi memperbaiki catatan masa untuk kedudukan grid. Selepas minggu yang cemerlang, mencuba beberapa peralatan baru, akhirnya beliau terpaksa bermula di petak ke tujuh.