Artikel Pilihan

MUGEN UMUMKAN KIT AERODINAMIK UNTUK CIVIC TYPE R – SEMAKIN TINGGI DARJAT LEPAS NI

Tak cukup syarat rasanya mana-mana model baharu Honda tanpa kit naik taraf aerodinamik Mugen. Kini mereka baharu saja umumkan kit aero khas untuk Honda Civic Type R yang akan dipasarkan di Jepun dalam sedikit masa lagi. Lewat setahun sebenarnya sejak konsep asal dipamerkan di Tokyo Auto Salon 2023 tapi tak kisahlah.

Perbezaan paling besar berbanding Type R standard semestinya ialah rekaan sayap belakangyang lebih ekstrim. Ia dianggarkan bernilai 308,000 yen dan bakal dipasarkan September ini dan boleh dilaras secara manual. Kalau korang dapat beli sebelum September dengan harga yang jauh lebih mur faham-faham sendirilah.

Berpasangan dengan sayap belakang baharu itu ialah chin spoiler depan yang berharga 110,000 yen jika dilayang dengan cat Berlina Black. Kalau nak yang tak cat boleh la dapat murah sikit sekitar 99,000 yen. Mugen mengesyorkan pemasangan kedua-duanya sekaligus untuk memaksimakan downforce.

Selain daripada kedua elemen di atas, pemilik Civic Type R juga boleh memilih splitter sisi belakang yang boleh digabungkan dengan diffuser standard. Harganya dianggarkan sekitar 99,000 yen (lebih murah kalau tak dicat).

Sebagai pelengkap kepada pakej aero terdapat juga hiasan bumper depan yang berharga 77,000 yen. Walaupun digelar hiasan ia sebenarnya bukan hiasan semata-mata. Kesemua kelengkapan aero ini akan meningkatkan downforce sebagai 25 peratus. Fuh banyak tu baii…

Okey tak aspek luaran badan dan Mugen masih belum berpuas hati dengan rim standard. Kini mereka menawarkan rim aluminium tempa bersaiz 19 inci yang lebih ringan dari rim asal dan boleh ditempah sekali dengan nat dan kunci nat perlumbaan. Rim ini dibangunkan dengan kerjasama BBS dan bernilai 176,000 yen setiap satu. Korang darab sendirilah dengan empat okey.

Kalau ada bajet lebih boleh je naik taraf sekali bahagian dalaman. Konsol gear gentian karbon akan mengurangkan duit dalam akaun anda sebanyak 71,500 yen dan tambah lagi 22,000 jika mahukan tombol gear Alcantara serba baharu.

Honda sudah melengkapkan Type R dengan tempat duduk terbaik tapi Mugen masih menawarkan naik taraf tempat duduk Recaro terbaru dengan anggaran kos 297,000 yen sepasang. Fuh, marah bini kalau tahu kos semua modifikasi ni.

Tentu anda perasan Civic Type R dalam gambar ni menggunakan lampu belakang LED baharu. Itu pun dari Mugen tahu, jangan beli kat Taiwan ataupun ditempah dari Aliexpress.

Selepas ini kemasan paip ekzos tunggal bakal menyusul diikuti dengan roda stereng dari gentian karbon istimewa. Tugas korang khususnya pemilik Civic Type R ialah sediakan duit banyak-banyak.

Google ads
Back to top button