
MUGEN JEPUN LANCAR KIT BADAN UNTUK FIT RS – MACAM TYPE R PUN ADA!
Di Jepun, Mugen memperlihatkan kit badan baharu yang boleh dipadankan pada model Fit RS, kelihatan seperti salah sebuah daripada keluarga Type R.
Kit badan Mugen itu merangkumi penambahan pada bampar hadapan, kemasan merah pada jeriji depan, namun logo H masih lagi standard kilang tanpa sebarang warna.
Selain itu, Mugen turut menambah tekstur liang palsu, cermin sisi stail karbon, lencana Mugen dan rim MDE aluminium bersaiz 17 inci.

Bahagian belakang pula menampilkan kemasan seakan karbon di antara lampu belakang, kemasan liang palsu pada pintu tailgate, serta penambahan bampar belakang lengkap dengan struktur seakan diffuser.
Untuk varian Fit yang lebih rendah, Mugen telah menambah beberapa komponen seperti penambahan jeriji gentian karbon, splitter yang lebih besar dengan liang kemasukan udara palsu pada bampar depan, diffuser yang lebih lebar dan sayap belakang yang besar.
Kos untuk bampar dan side sill bermula dari ¥198,000 (RM6,318) untuk varian Fit biasa atau ¥236,500 (RM7,546) untuk Fit RS, sementara barangan lain adalah seperti berikut:
-cermin sisi gentian karbon – ¥44,200 (RM1,410)
-decal – ¥24,200 (RM772)
-alas lantai dan visor tingkap – ¥57,200 (RM1,825)
-scuff plate dan perlindungan dalaman – ¥91,300 (RM2,913)







