,
Buletin

McLAREN 620R – KERETA LUMBA SPEK GT4 YANG HALAL DI JALAN RAYA

Kereta keluaran McLaren jika dibandingkan dengan Lamborghini dan Ferrari tidak banyak di atas jalan raya tempatan. McLaren tidak kurang hebat, bersaing dalam Formula 1 dan pelbagai perlumbaan di peringkat global.

McLaren juga tidak pernah kering idea dalam mengeluarkan model massa atau edisi terhad dan buat pengumpul kereta eksotik. Di antara model yang unggul ialah McLaren Senna.

Kini McLaren kembali lagi dengan model luar biasa. McLaren 620R yang dizahirkan dari spesifikasi kereta lumba 570S GT4. Seperti biasa, kereta yang halal digunakan di jalan raya ini dikeluarkan dalam jumlah terhad iaitu 350 unit sahaja.

McLaren telah banyak menempa kejayaan dalam perlumbaan GT melalui program pasukan Perlumbaan Pelanggan (Customer Racing). Kejayaan itu sejak beberapa musim kebelakangan banyak dibantu 570S GT4.

Sejak program pelanggan dimulakan pada tahun 2017, 570S GT4 adalah model perlumbaan GT paling berjaya McLaren pernah hasilkan dengan sejumlah kemenangan dan podium.

Pada tahun ini, 570S GT4 digunakan di dalam perlumbaan di empat buah benua.  

Bagi meraikan kejayaan 570S GT4, McLaren mengeluarkan 620R, kereta dua dunia, sedia untuk dilumbakan di litar dan boleh didaftarkan untuk dipandu di jalan raya biasa. 620R juga adalah model dalam McLaren Sports Series.

McLaren 620R mengekalkan DNA sebuah kereta litar homologasi dan bebas dari halangan dan peraturan perlumbaan.

Berikut ialah ciri-ciri pada McLaren 620R:

  • Kereta lumba halal (road legal) yang dilahirkan daripada McLaren 570S GT4
  • Hanya 350 unit dikeluarkan dan dipasang dengan tangan di Woking, United Kindom
  • Model paling berkuasa dalam McLaren Sports Series. Dilengkapi enjin 3.8 liter V8 turbo berkembar dengan kuasa 620 PS dan tork 620 Nm 
  • Mencatatkan masa pusingan terpantas di antara model Sports Series
  • Berkongsi kelengkapan aerodinamik dan komponen casis 570S GT4 dengan rasa seperti prestasi kereta lumba 
  • Ciri aerodinamik badan kereta menghasilkan 185 kg daya mendapan (downforce) pada kelajuan 250 km/j

  • Tayar pilihan Pirelli slick untuk litar dan tayar Pirelli P Zero Trofeo R untuk kegunaan jalan awam 
  • Brek seramik karbon, roda dengan centre lock dan ekzos sport low-exit
  • Suspensi yang direndahkan dengan trek lebih lebar dan penyerap hentak GT4 larasan manual
  • Bahagian interior dengan komponen ringan seperti kerusi perlumbaan gentian karbon, tali pinggang keledar perlumbaan enam poin dan tali pinggang keledar untuk jalan raya
  • Tiga pilihan warna, McLaren Orange, Silica White dan Onyx Black dengan grafik perlumbaan GT4. Pengguna boleh memilih grafik ala Senna GTR
  • Pembeli juga boleh membuat perincian peribadi melalui McLaren Special Operations (MSO)

McLaren 620R adalah sebuah model yang begitu istimewa dengan pengaruh perlumbaan dan ciri jalan raya. Ia kelihatan seperti kereta lumba, pengendalian, prestasi dan rasa pun sama seperti kereta lumba.

Pengeluaran model ini akan dimulakan pada Januari dan ia boleh dimiliki pada harga permulaan £250,000 (RM1,367,357) termasuk cukai di UK.

Untuk pembeli di Eropah dan Amerika Syarikat, harga yang ditawarkan merangkumi Pure McLaren Track Day dengan kelas pemanduan mahir di litar lumba.

Tags
Google ads
Back to top button