Buletin

MUNGKIN SESUAI UNTUK MISHA OMAR – FERRARI 488 MISHA DESIGN

Kita mungkin ingat kereta-kereta supercar seperti Ferrari, Lamborghini, Porsche dan McLaren adalah sekadar kereta yang orang beli sebab ia sebuah pakej lengkap. Sebenarnya, ada banyak peralatan aftermarket yang dibuat oleh tuner terkenal untuk kereta begini sebab permintaannya memang tinggi.

Misha Design adalah salah satu penala yang aktif menghasilkan kit badan untuk Ferrari dan terbaru mereka memperkenalkan kit untuk model 488 GTB. Berbeza dengan 430 dan 458 yang nampak agak sopan, 488 ni keluar dari kilang sahaja dah nampak macam rupa mafia.

BACA: KIT LIBERTY WALK UNTUK AVENTADOR

BACA: PAGANI ZONDA TRICOLORE, HANYA 3 UNIT DI DUNIA

Tapi macamana nak jadikan sebuah kereta yang cukup garang kelihatan bertambah jahat? Misha Design ada ideanya sendiri. Selepas membina 458 dengan kit badan karbon menarik, Misha Design mengalih perhatiannya pada 488 yang dikatakan hanya 20 unit sahaja akan dihasilkan.

Bahagian hadapannya diinspirasikan daripada rekabentuk kereta Grand Prix Formula Satu. Splitter berkembar besar yang diperbuat dari gentian karbon dan bahagian tengah direka dengan karbon yang terdedah.

Bahagian belakang kelihatan seperti model one-off untuk trek Ferrari FXX-K yang mengalihkan posisi ekzos asal ke lokasi baru. Kit Misha Design ini terdiri daripada bampar depan, bonet, skirting sisi, air intake sisi, bampar belakang dan sayap spoiler. Kesemua bahagian ini adalah pemasangan terus (direct bolt-on) tanpa sebarang pengubahsuaian pada mounting asal.

Misha Design sudahpun membuka kit ini untuk tempahan dan pelanggan akan mendapat kit ini pada awal April dan pertengahan bulan Mei nanti.

Apa lagi. Order lah!

 

 

Google ads
Back to top button