Buletin

HYPERCAR 1500HP DARI SINGAPURA – VANDA DENDROBIUM

Vanda Electric, firma kejuruteraan dari Singapura telah mengumukan pada tahun lalu mereka akan hasilkan hypercar untuk dipamerkan di Geneva akan datang. Beberapa hari lepas, mereka menyiarkan teaser awal kereta ini dalam satu imej ringkas.

Ia akan dilancarkan pada 7 Mac akan datang. Dikenali dengan nama Dendrobium, sejenis bunga. Insiprasi kereta ini adalah tentang kuasa dan alam sekitar. Vanda Electric bekerjasama dengan rakan teknikalnya, Williams Advanced Engineering – pasukan otai dalam sukan Formula Satu.

Pasukan William bertanggungjawab membangunkan sudut rekabentuk dan aerodinamik, komposit, bateri dan motor elektrik. Ia dikatakan akan dipasangkan dengan bumbung dan pintu yang dibuka secara automatik.

BACA: LUCID AIR, SUPERCAR ELEKTRIK 1000HP

BACA: MOTOSIKAL ELEKTRIK PACUAN 2 RODA

“Dendrobium adalah hypercar Singapura yang pertama hasil ilham Vanda Electrics yang mengenegahkan rekabentuk dan teknologi,” ujar CEO Vanda Electric Larissa Tan.

Jika dilihat pada rekabentuknya memang sangat futuristik. Sudut aerodinamik dengan bahagian kemasukan udara hadapan besar dan juga sayap belakang yang mendominasi keseluruhan bahagian.

Tiada spesifikasi teknikal diberikan namun pada pengumuman pelannya tahun lepas, ia dikatakan akan menawarkan kuasa sehingga 1500HP dan mampu membuat pecutan dari 0-100km dalam masa hanya 2.6 saat.

 

 

 

Google ads
Back to top button