Buletin

YAMAHA INDONESIA PERKENAL GRAFIK BARU R25, HARGA NAIK RM85

Yamaha Indonesia, menerusi pemegang hak jenamanya, PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) memperkenalkan skema warna terbaru untuk model R25 iaitu Putih, Racing Blue dan Matte Black. Ia diikuti dengan kenaikan harga asal sebanyak Rp 250,000 atau RM85.

Beberapa minggu kebelakangan ini, banyak spyshot R15 berkeliaran di Indonesia dan jelas model sport terkecil itu bakal menerima pembaharuan besar.

BACA: TUNGGANG UJI R25, SELAMAT DATANG R!

BACA: KLON YAMAHA R25 DARI CHINA

Sementara menantikan kehadian R15, Yamaha Indonesia terlebih dahulu memperkemaskan barisan 250ccnya dengan grafik baru yang lebih menarik.

Harga jualan terkini untuk R25 ini ialah Rp 61,850,000 (RM20,500.00) untuk varian ABS dan Rp 55,850,000 (RM18,500.00) tanpa sistem ABS.

Tiada perubahan dari segi teknikal atau prestasi. Semuanya masih kekal dengan enjin 26.5 kW (35.5 hp) @ 12000rpm dan tork maksimum 22.6Nm @ 10000rpm.

 

 

Google ads
Back to top button