Artikel Pilihan

NAMA-NAMA GELARAN KERETA YANG POPULAR. ADA YANG SEDAP, ADA YANG GANAS

Kalau masa di sekolah atau zaman kolej, mesti akan ada nama gelaran yang akan diberikan pada kita oleh rakan-rakan sekelas. Tujuannya ialah untuk mewujudkan perbezaan jika ada kawan sekelas memiliki nama yang sama. Tapi kadangkala nama gelaran diberikan oleh kawan-kawan dengan tujuan bergurau sehingga melekat sampai ke alam perkerjaan.

Jangan ingat anda ada nama gelaran kerana kereta pun ada nama gelaran tersendiri yang diberikan oleh komuniti automotif baik di arena tempatan mahupun arena antarabangsa. Honda Accord Mayat, Mitsubishi Gallant Kuda, Datsun Buah Hulu, Starlet Kambing merupakan nama-nama gelaran yang pernah popular satu ketika dulu. Mari kita tengok senarai nama gelaran kereta popular lain

1. Red Pig – Mercedes Benz 300SEL AMG 6.8 1971 – merupakan kereta S Class yang biasa dijadikan limosine tapi syarikat AMG menjadikan kereta super saloon ini sebagai kereta lumba. Enjin asal 6300cc dikorek sehingga sesarannya menjadi 6800cc bagi menghasilkan 428 kuasa kuda. Ia memenangi 10 daripada 12 perlumbaan German Touring Championship.

Dengan cat warna merah serta stripe perlumbaan, ia kelihatan garang di litar. Namun disebabkan oleh beratnya sekitar 1700kg, enjin ini melahap petrol dengan rakus dan tayar perlu sentiasa ditukar. Sikapnya yang pelahap petrol dan tayar ini seperti khinzir menyebabkan komoniti perlumbaan menggelarkannya Red Pig

2. Yellow Bird RUF CTR 1987 – RUF merupakan salah satu tuner yang terkemuka di Jerman sama seperti AMG. Tapi berbeza dengan tuner lain, RUF dibekalkan dengan cesi kosong atau dikenali dengan nama body in white. Cesi Porsche akan dimulakan dengan no WP manakala RUF akan memulakan no cesi mereka dengan W09.

Ketika atu sesi pergambaran dibuat untuk membandingkan keupyaan supercar ketika itu, RUF CTR yang berwarna kuning kelihatan sangat menyerlah. Ia berjaya mengalahkan pesaingnya dari segi pecutan 0-100km/j serta halaju maksimanya tidak dapat dicapai oleh supercar lain ketika itu. Dengan turbo berbunyi seperti burung bersiul serta warna kuning menyerlah, editor majalah memberikan jolokan Yellow Bird.

3. Daytona Ferrari 365 GTB/4 – selepas mengalami kekalahan memalukan kepada Ford di perlumbaan Le Mans 24 hours, Ferrari bangkit semula dengan memperkenalkan model 365 yang tidak lain bertujuan membalas dendam. Model Ferrari 365 GTB/4 ini berjaya meraih kedudukan 1-2-3 di perlumbaan Daytona 24 hours 1967 di Amerika mengalahkan Ford GT. Model 365 ini dikenali dengan nama Daytona

4. Hammer Mercedes Benz 300E AMG 1986 – sama seperti Red Pig, model ini merupakan asalnya sedan eksekutif tapi ditala semula mengikut inspirasi AMG. Enjin 6 silinder digantikan dengan enjin V8 5600cc dan ia boleh memecut 0-100km/j dalam masa 5 saat dan lagi laju dari Lamborghini Countach. Ketegasan model ini mengalahkan supercar diibaratkan sebagai penukul hakim yang menjatuhkan hukuman, dan gelaran Hammer diberikan dalam satu majalah automotif ketika itu

5. The Beast Cadillac Presidential Limousine – sebenarnya model ini bukan Cadillac walaupun nampak seperti Cadillac namun cesi asalnya merupakan Chevrolet Kodiak iaitu sebuah trak kecil yang diubahsuai menjadi seperti limo. Hipotesis kami ialah, cesi trak diperlukan kerana limo ini sarat dengan perisai setebal 8 inci (jony sin pun 7 inci je), cermin kalis peluru 5 inci, tayar yang diperkukuhkan dengan Kevlar, tangki petrol diperkukuhkan dan kabin kedap udara

Semua ini bagi memastikan keselamatan Presiden tapi ia sangat la berat. Mungkin kalau pakai cesi monocoque, ia tak cukup selamat. The Beast akan diterbangkan dari Amerika ke semua lokasi lawatan Presiden.

6. Widowmaker Porsche 911 Turbo – kami pernah ulas dulu dalam satu video berkenaan kecacatan supercar. Masalah dengan model 911 Turbo ini ialah berat enjin berada di belakang gandar tayar belakang. Silap haribulan, masuk selekoh memang oversteer. Ditambah pulak dengan masalah turbolag model 911, sekali boost masuk ketika di selekoh masak la pemandu nak kawal stering, gear dan klac. Widowmaker, sebab ramai yang kecundang dan mati dalam kemalangan.

7. Godzilla Nissan Skyline GTR R32 – nama gelaran ini diberikan pada model R32 sebab bila model ini masuk berlumba, kereta lain semua jadi lauk, semua sayur. Kisah ini bermula dari Japan Touring Car Championship, sehinggalah Australian Touring Car Championship. 2 kali R32 menang iaitu pada tahun 1991 dan 1992 menyebabkan penganjur terpaksa menghalang R32 masuk berlumba.

Majalah Wheels keluaran Australia pada bulan Julai 1989 menggelarkan model ini monster, dan dalam budaya pop Jepun monster merujuk kepada Godzilla. Ye la, kalau pandai tune senang senang je dapat 1000 kuasa kuda.

8. Taliban Perodua Myvi 1.5 Extreme atau Myvi SE – yang dihasilkan antara tahun 2011-2014 yang dikuasakan dengan enjin 3SZ-VE dengan 107 kuasa kuda. Rasa macam sedikit, tapi bila digandingkan dengan cesi yang ringan sekitar 980kg dan tranmisi manual 5 kelajuan kedua dua kereta ini gemar mencucuk kereta lain di lebuhraya terutama dengan warna kuning menyala. Tapi kami masih kurang pasti bagaimana ia mendapat gelaran Taliban. Sila kongsikan di ruang komen.

9. Proton Persona 2016 – kami masih tidak pasti kenapa Abam Japar memanggil kereta ini lipas. Nak tulis panjang pun tak tau macam mana nak goreng.

Google ads
Back to top button