Buletin

NENEK 82 TAHUN PENGHANTAR AKHBAR PALING TUA. EDAR LEBIH 50K AKHBAR

Nenek berusia 82 tahun yang mempunyai enam orang cucu merupakan penghantar akhbar tertua di Britain.

Pauline Bridge dari Southampton, England telah melakukan edaran akhbar sebanyak 50,000 naskhah sepanjang melakukan perkerjaan tersebut sejak 10 tahun lalu.

Menurut laporan The Sun, wanita tersebut akan bangun seawal 5 pagi setiap hari bagi melakukan penghantaran ke rumah-rumah pelanggannya.

“Saya akan bangun seawal pukul 5 pagi setiap hari.

“Saya sangat menyukai pekerjaan ini malah ia membuatkan tubuh badan sihat.

“Akhbar mula dihantar pada pukul 6.30 pagi sejauh 2.4km. Ia melibatkan 32 buah rumah. Saya mengayuh basikal pada setiap hari,” katanya.

Nenek itu juga mengayuh basikal sejauh sekitar 8,046 kilometer (km) selama 10 tahun melakukan pekerjaan tersebut.

Pauline mempunyai dua orang anak berusia 55 dan 52 tahun serta enam cucu berusia antara 17 hingga 27 tahun.

Cucunya, Megan, 17, berkata, neneknya tidak pernah gagal bangun awal pada setiap Isnin hingga Sabtu walau apa juga cuaca.

“Kami sukar percaya dengan apa yang masih dicapainya dan dia membuatkan kami orang muda berasa malu. Dia adalah seorang nenek yang mengagumkan dan kami berbangga de­ngannya,” katanya. – The Sun

Google ads
Back to top button