Buletin

TESLA LABUR RM6.1 BILION DALAM BITCOIN. BERI BAYANGAN BOLEH BELI KERETA GUNA MATAWANG KRIPTO

Tesla dilapor telah melabur sebanyak AS$1.5 bilion (RM6.1 bilion) ke atas Bitcoin dan memberi isyarat ia akan mula menerima bayaran dalam bentuk matawang kripto pada masa depan.

Perkembangan terbaharu itu menyebabkan harga Bitcoin naik ke satu rekod yang baru, 13 peratus atau AS$43,725.51 (RM177,789) bagi satu unit Bitcoin.

Pengeluar kenderaan elektrik itu dalam satu pemfailan menyatakan pelaburan ke dalam Bitcoin dibuat setelah mengemas kini polisi pelaburannya bulan lalu.

Polisi tersebut membolehkan Tesla untuk melabur ke dalam aset-aset digital, termasukla jongkong emas dan dana berkaitan komoditi itu.  

“Kami jangka boleh menrima Bitcoin sebagai satu bentuk pembayaran untuk produk Tesla tidak lama lagi. Ia bagaimanapun bergantung kepada undang-undang dan jumlah terhad terlebih dahulu,” kata Tesla.  

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk selalu menghantar tweet memgenai topik-topik berkaitan matawang kripta. Malah pada awal bulan ini, Musk menyatakan Bitcoin sebagai ‘satu perkara yang bagus’ dalam satu temuramah.  – Bloomberg

Google ads
Back to top button