Buletin

DIDI GROUP RASMI PUSAT 3S VESPA DAN APIRILIA BAHARU DI ALOR SETAR

Pengedar rasmi Vespa dan Apirilia di Malaysia, Didi Group baru-baru ini merasmikan pusat 3S baharu di Alor Setar, Kedah, melalui rakan peniaga Chin Hin Jitra Motors (CHJ Motors).

Menurut Didi Group, pembukaan pusat 3S baharu itu merupakan langkah penting dalam rangka memperluaskan lagi rangkaian selain menjadi yang pertama di Kedah.

Pusat 3S baharu ini membawa pelbagai model untuk memenuhi keperluan serta kehendak pelanggan skuter Vespa dan Aprilia di Kedah khususnya di Alor Setar.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Chin Hin Jitra (CHJ) kerana membawa jenama skuter Vespa dan Aprilia di Kedah, di mana ia akan membantu mengukuhkan lagi kedudukan kami,” kata Pengerusi Didi Group, Rewi Hamid Bugo.

Pelanggan sedia ada kini boleh menikmati jualan lengkap dan perkhidmatan selepas jualan melalui pusat CHJ Motors 3S, terletak di 1001 & 1002-A, Kompleks Sri Putra, Seberang, Jalan Putra, 05150 Alor Setar, Kedah.

Selain itu, pusat 3S baharu juga menawarkan ruang menunggu selain terdapat pelbagai kemudahan gaya hidup.

Kemudahan berkenaaan berupaya memberi pelanggan pengalaman pemilikan lebih bermanfaat termasuk menawarkan elemen gaya hidup yang sesuai dengan personaliti jenama.

Google ads
Back to top button